MALAYSIA
Malaysia sertai Forum Media D-8 pertama di Azerbaijan
Nur-ul Afida mengetuai delegasi Malaysia, sekali gus mencerminkan komitmen negara memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang kewartawanan, memacu inovasi media dan menangani maklumat salah. - Gambar Bernama
BAKU: Malaysia akan menyertai delegasi dari seluruh negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun bagi Kerjasama Ekonomi (D-8) pada penganjuran pertama Forum Media D-8 yang berlangsung di Azerbaijan pada Jumaat.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin mengetuai delegasi Malaysia, sekali gus mencerminkan komitmen negara memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang kewartawanan, memacu inovasi media dan menangani maklumat salah.
Dengan tema 'Memupuk Dialog, Kolaborasi dan Kesepaduan Serantau', forum sehari itu menghimpunkan pengamal media, pembuat dasar, sarjana serta pakar komunikasi bagi meningkatkan persefahaman, memperluas jaringan profesional dan mengukuhkan dialog media yang konstruktif.
Dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Media Azerbaijan (MEDIA), forum berkenaan bertujuan mewujudkan persekitaran maklumat yang lebih tersusun bagi memerangi maklumat salah, maklumat palsu dan kandungan berita yang tidak teratur, di samping menggalakkan solidariti dalam kalangan negara anggota.
Ia turut menyediakan ruang untuk wartawan dan pemimpin media berkongsi pandangan, mengetengahkan kisah kejayaan serta meneroka projek bersama dan kerjasama rentas sempadan.
Agenda forum menampilkan dua sesi panel bertajuk "Kewartawanan Bertanggungjawab dan Inovasi Digital" serta "Komunikasi Strategik dan Pengurusan Krisis", selain bengkel yang dikendalikan pakar komunikasi dan media antarabangsa, Tiffany J. Bell.
Azerbaijan menjadi anggota kesembilan D-8 pada Disember 2024, menandakan peluasan pertama blok itu dalam tempoh 27 tahun penubuhannya.
D-8 kini dianggotai Azerbaijan, Turkiye, Mesir, Nigeria, Pakistan, Iran, Indonesia, Bangladesh dan Malaysia.
Mesir kini memegang jawatan Pengerusi D-8, yang akan diserahkan kepada Indonesia untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan 2026.
-- BERNAMA