MALAYSIA
Malaysia seru ASEAN perkukuh sokongan kepada perniagaan inklusif - TPM Zahid
Malaysia telah mencadangkan penubuhan rangka kerja yang diperlukan di peringkat ASEAN bagi menggalakkan perniagaan inklusif (IB), kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid. - Gambar fail Bernama
PETALING JAYA: Malaysia telah mencadangkan penubuhan rangka kerja yang diperlukan di peringkat ASEAN bagi menggalakkan perniagaan inklusif (IB), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, inisiatif itu termasuk pembiayaan yang menjangkau golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan, dasar yang memberi ganjaran kepada model inklusif, peraturan yang mengurangkan halangan dan pembangunan bakat untuk melahirkan juara masa depan.
Ahmad Zahid berkata, keperluan kepada tindakan segera ini adalah jelas memandangkan 350 juta penduduk di Asia Tenggara masih tidak mempunyai akses kepada kredit manakala 39 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan jurang pembiayaan sehingga US$300 bilion (US$1=RM4.21).
"Atas semangat inilah saya akan melancarkan Rangka Kerja Pembangunan Kapasiti dan Bakat untuk IB di ASEAN tidak lama lagi.
"Ini adalah panduan praktikal bagi membantu kementerian dan agensi memperkukuh ekosistem IB serta menyepadukannya dalam strategi kebangsaan," kata beliau dalam ucapan pada Majlis Anugerah Perniagaan Inklusif ASEAN 2025, di sini, malam tadi.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan.
Majlis Anugerah Perniagaan Inklusif ASEAN yang diadakan bersempena Forum Perniagaan Inklusif ASEAN kelapan adalah pencapaian penting dalam perjalanan ASEAN ke arah masa depan yang lebih inklusif dan mampan.
Majlis itu turut memberi pengiktirafan kepada 10 syarikat cemerlang daripada seluruh ASEAN yang telah menerapkan model perniagaan inklusif dalam operasi mereka dan menunjukkan kaedah perniagaan mendapat keuntungan di samping meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan kurang mendapat perkhidmatan kewangan.
Sementara itu, Ahmad Zahid menekankan bahawa setiap negara anggota ASEAN mempunyai keadaan dan keupayaan tersendiri, dan dasar yang mengabaikan aspek ini berisiko tidak berjaya untuk membantu golongan sasaran.
"Disebabkan inilah penglibatan semua pihak berkepentingan amat penting. Kami perlu mendengar suara petani, peniaga, usahawan wanita dan pemimpin belia.
"Keterangkuman tidak bermula dalam mesyuarat atau persidangan besar; ia bermula di kampung, bandar dan komuniti di seluruh ASEAN," katanya.
-- BERNAMA