MALAYSIA
Malaysia, Singapura akan tingkatkan kuota teksi rentas sempadan
Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Jeffrey Siow bertemu pada Khamis, yang diadakan sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Singapura-Malaysia ke-12 di Singapura. - Foto FB Jeffrey Siow
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura akan meningkatkan secara berperingkat kuota teksi berlesen rentas sempadan kepada 500 bagi setiap negara, berbanding 200 pada masa ini, bagi memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan rentas sempadan yang lebih mudah, menurut Kementerian Pengangkutan kedua-dua negara.
Ringkasan AI
Peningkatan ini tertakluk kepada pelaksanaan berkesan langkah perlindungan terhadap perjalanan domestik tidak sah serta pematuhan keperluan insurans.
"Sebagai permulaan, setiap negara akan menyediakan tambahan kuota sebanyak 100, dengan keutamaan diberikan kepada kenderaan lebih besar dan premium yang boleh memenuhi keperluan kumpulan lebih besar dan pengembara korporat," menurut kenyataan bersama kementerian itu pada Jumaat.
Ini adalah antara perkara yang dipersetujui oleh Menteri Pengangkutan untuk dibincangkan secara rapat oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Malaysia dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, khususnya berkaitan penambahbaikan Skim Teksi Rentas Sempadan.
Perkara itu susulan pertemuan antara Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Jeffrey Siow pada Khamis, yang diadakan sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Singapura-Malaysia ke-12 di Singapura, bagi membincangkan usaha berterusan memperkukuh hubungan pengangkutan antara kedua-dua negara.
Selain itu, teksi asing dibenarkan menurunkan penumpang di mana-mana lokasi di luar negara asal mereka tetapi hanya boleh mengambil penumpang di lokasi pengambilan yang ditetapkan.
"Kami akan meningkatkan secara berperingkat jumlah lokasi pengambilan bagi tempahan melalui aplikasi e-hailing," menurut kenyataan itu.
Bagi menyokong penguatkuasaan terhadap perjalanan domestik haram dari satu titik ke titik lain, teksi berlesen mesti mudah dikenal pasti melalui warna khas seragam, plat kenderaan kalis usikan dengan awalan tertentu serta penanda bumbung, dan juga dikehendaki memasang unit dalam kenderaan ERP2 Singapura untuk memasuki negara itu.
Kedua-dua negara turut bersetuju untuk mewujudkan rangka kerja kawal selia bagi platform e-hailing rentas sempadan serta meningkatkan perlindungan insurans untuk teksi rentas sempadan dan mempercepatkan pemprosesan tuntutan jika berlaku kemalangan.
Sementara itu, kedua-dua menteri mengarahkan APAD dan LTA untuk menyelaras rangka kerja kawal selia bagi meningkatkan perkhidmatan bas rentas sempadan untuk tujuan pelancongan.
"Penambahbaikan dan prinsip yang dipersetujui kedua-dua Menteri ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk meningkatkan hubungan rentas sempadan dan pengalaman perjalanan bagi pengembara antara Singapura dan Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia & Singapura akan tingkatkan kuota teksi rentas sempadan kepada 500 bagi setiap negara, naik dari 200 pada masa ini, untuk memenuhi permintaan pengangkutan yang lebih mudah.
- Peningkatan ini bergantung kepada langkah perlindungan perjalanan domestik tidak sah dan pematuhan insurans; kenderaan lebih besar dan premium diberi keutamaan.
- Kedua negara bersetuju cipta rangka kerja kawal selia bagi platform e-hailing rentas sempadan dan meningkatkan perlindungan insurans untuk teksi rentas sempadan.
Peningkatan ini tertakluk kepada pelaksanaan berkesan langkah perlindungan terhadap perjalanan domestik tidak sah serta pematuhan keperluan insurans.
"Sebagai permulaan, setiap negara akan menyediakan tambahan kuota sebanyak 100, dengan keutamaan diberikan kepada kenderaan lebih besar dan premium yang boleh memenuhi keperluan kumpulan lebih besar dan pengembara korporat," menurut kenyataan bersama kementerian itu pada Jumaat.
Ini adalah antara perkara yang dipersetujui oleh Menteri Pengangkutan untuk dibincangkan secara rapat oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Malaysia dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, khususnya berkaitan penambahbaikan Skim Teksi Rentas Sempadan.
Perkara itu susulan pertemuan antara Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Jeffrey Siow pada Khamis, yang diadakan sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Singapura-Malaysia ke-12 di Singapura, bagi membincangkan usaha berterusan memperkukuh hubungan pengangkutan antara kedua-dua negara.
Selain itu, teksi asing dibenarkan menurunkan penumpang di mana-mana lokasi di luar negara asal mereka tetapi hanya boleh mengambil penumpang di lokasi pengambilan yang ditetapkan.
"Kami akan meningkatkan secara berperingkat jumlah lokasi pengambilan bagi tempahan melalui aplikasi e-hailing," menurut kenyataan itu.
Bagi menyokong penguatkuasaan terhadap perjalanan domestik haram dari satu titik ke titik lain, teksi berlesen mesti mudah dikenal pasti melalui warna khas seragam, plat kenderaan kalis usikan dengan awalan tertentu serta penanda bumbung, dan juga dikehendaki memasang unit dalam kenderaan ERP2 Singapura untuk memasuki negara itu.
Kedua-dua negara turut bersetuju untuk mewujudkan rangka kerja kawal selia bagi platform e-hailing rentas sempadan serta meningkatkan perlindungan insurans untuk teksi rentas sempadan dan mempercepatkan pemprosesan tuntutan jika berlaku kemalangan.
Sementara itu, kedua-dua menteri mengarahkan APAD dan LTA untuk menyelaras rangka kerja kawal selia bagi meningkatkan perkhidmatan bas rentas sempadan untuk tujuan pelancongan.
"Penambahbaikan dan prinsip yang dipersetujui kedua-dua Menteri ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk meningkatkan hubungan rentas sempadan dan pengalaman perjalanan bagi pengembara antara Singapura dan Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Anthony Loke
#kuota teksi rentas sempadan
#Menteri Pengangkutan Singapura
#Jeffrey Siow
#Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Singapura-Malaysia