Malaysia, Singapura laksana dry run bagi cadangan pembukaan VTL darat

Bernama
November 23, 2021 09:35 MYT
Cadangan pembukaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat melalui Tambak Johor akan dilaksanakan Isnin depan. - Foto Twitter Khairy Jamaluddin
JOHOR BAHRU: Pihak berkuasa kerajaan Malaysia dan Singapura sedang melaksanakan dry run bagi cadangan pembukaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat melalui Tambak Johor yang akan dilaksanakan Isnin depan.
"Pembukaan sempadan ini amat dinanti-nantikan oleh rakyat kedua-dua negara. Semoga berjaya. #ReopeningSafely," kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam hantaran di Twitter rasminya hari ini.
Turut dimuat naik beberapa keping gambar menunjukkan beberapa pegawai menggunakan laluan pejalan kaki untuk pemeriksaan imigresen.

Para pegawai dari Malaysia & Singapura sedang melaksanakan dry run bagi cadangan pembukaan Vaccinated Travel Lane melalui Tambak Johor. Pembukaan sempadan ini amat dinanti-nantikan oleh rakyat kedua-dua negara. Semoga berjaya. #ReopeningSafely pic.twitter.com/MiUw8Fn217

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahad lepas, Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad ketika menjawab soalan lisan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai VTL darat pada 29 Nov ini, memberitahu 1,440 pengembara dijangka dibenarkan merentas sempadan kedua-dua negara melalui Tambak Johor dan Linkedua pada minggu pertama pelaksanaan VTL darat.
Beliau berkata jumlah pengembara yang dibenarkan merentas sempadan akan ditambah kepada 2,500 dan 5,000 orang pada minggu kedua dan ketiga berikutnya.
Sehubungan itu, Hasni berharap pembukaan VTL darat yang dijadualkan serentak dengan VTL udara pada 29 Nov ini tidak ditangguhkan.
-- BERNAMA
#VTL darat #Khairy Jamaluddin #Tambak Johor #Singapura