Malaysia dan Singapura dijadual menandatangani perjanjian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura hari ini semasa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong melakukan lawatan kerja ke negara ini untuk menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ketujuh, kata Wisma Putra hari ini.
Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata projek kereta api laju itu dijangka meningkatkan ketersambungan, memudahkan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura, mengeratkan lagi hubungan perniagaan dan meningkatkan hubungan antara rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.
Lee akan diiringi isteri, Ho Ching, dan beberapa menteri kabinet serta pegawai kanan, kata Wisma Putra.
"Semasa Pemukiman Pemimpin ketujuh ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, disusuli mesyuarat delegasi.
"Kedua-dua pihak akan membincangkan isu dua hala kepentingan bersama, mengkaji kemajuan kerjasama dua hala sedia ada, meningkatkan momentum perbincangan yang telah diadakan dan inisiatif yang dipersetujui pada Pemukiman Pemimpin 2015," katanya.
Wisma Putra berkata satu Kenyataan Bersama Pemimpin akan dikeluarkan pada akhir pemukiman itu.
Pemukiman Pemimpin adalah acara tahunan yang dihoskan secara bergilir antara Malaysia dan Singapura.
"Pemukiman Pemimpin kali pertama diadakan pada Mei 2007 di Langkawi dan sejak itu menjadi forum bagi kedua-dua negara untuk mengukuhkan hubungan dua hala," kata Wisma Putra.
Pada 2015, Singapura merupakan rakan perniagaan kedua terbesar bagi Malaysia di peringkat global, dengan jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencapai US$59.5 bilion (RM190.6 bilion ketika itu), katanya.
Bernama
Mon Dec 12 2016
Malaysia dan Singapura dijadual menandatangani perjanjian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura hari ini.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.