Malaysia, Singapura zahirkan komitmen teruskan kerjasama dalam pertahanan

Bernama
Jun 1, 2021 23:52 MYT
Ismail Sabri berkata komitmen itu diberi semasa perbualan telefon beliau dengan Dr Ng Eng Hen. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura akan meneruskan kerjasama rapat di dalam bidang pertahanan menerusi angkatan tentera masing-masing biarpun berhadapan cabaran pandemik COVID-19 pada masa ini.
Komitmen kerjasama itu disuarakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa perbualan telefon beliau dengan rakan sejawatnya dari Singapura Dr Ng Eng Hen.
"Kedua-dua menteri menzahirkan komitmen mereka kepada kedua-dua angkatan tentera, terutama Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Bersenjata Singapura untuk terus bekerjasama rapat biarpun berhadapan dengan cabaran situasi pandemik COVID-19 masa ini," menurut hantaran Kementerian Pertahanan dalam laman Facebook rasminya semalam.
-- BERNAMA
#COVID-19 #pandemik #Facebook #Angkatan Tentera Malaysia #Singapura #Malaysia #ismail sabri yaakob