Malaysia menyokong gesaan oleh Negara Palestin untuk meletakkan Palestin di bawah sistem perlindungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berikutan keganasan yang meruncing di Semenanjung Gaza.
Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hussein Haniff berkata Malaysia mengulangi gesaan tentang perlunya mengadakan persidangan Pihak-pihak Berkepentingan Utama kepada Konvensyen Geneva Keempat bagi menangani pencabulan Israel yang berterusan terhadap konvensyen itu.
"Pencerobohan tentera Israel yang kejam ke atas orang awam tidak boleh dibiarkan dan ia merupakan jenayah terhadap kemanusiaan.
"Justeru, Malaysia menggesa PBB terutama Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) dan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera untuk menghentikan pembunuhan yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza dan berusaha untuk mewujudkan keamanan antara Israel dan Palestin," kata beliau.
Hussein berkata demikian pada Mesyuarat Tergempar mengenai Keadaan di Timur Tengah termasuk Soal Palestin pada Majlis Keselamatan PBB di New York pada Selasa. Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama Rabu.
Pada 13 Julai, Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, meminta supaya Palestin diletakkan di bawah sistem perlindungan antarabangsa yang ditadbirkan oleh PBB.
Malaysia terus mengutuk dan sekali lagi menggesa supaya diwujudkan gencatan senjata antara Palestin dan Israel kerana keganasan terkini telah mengorbankan lebih 600 rakyat Palestin sementara lebih 3,500 lagi cedera dan lebih 80,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.
Wakil Malaysia itu berkata serangan dan bedilan ke atas rumah orang awam, hospital dan sekolah, yang bermula pada 8 Julai, adalah satu pencabulan serius terhadap Konvensyen Geneva Keempat yang merupakan jenayah perang.
Hussein yang menegaskan tidak ada mana-mana negara yang harus mengatasi undang-undang, bagaimanapun berkata UNSC masih membisu dan tidak berbuat apa-apa dalam menghadapi pencerobohan, perluasan wilayah oleh Israel dan kurangnya akauntabiliti oleh negara itu.
UNSC harus menebus kegagalannya dan mendukung tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya berhubung dengan kegagalan Israel mematuhi pelbagai resolusi, dan mengambil langkah-langkah untuk menangani ketidakadilan yang teruk ini," kata beliau.
Beliau mengulangi usaha Malaysia yang berterusan sambil berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghubungi Presiden Mahmoud Abbas, dengan menyatakan komitmen Malaysia untuk melakukan apa yang termampu bagi membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin yang sah.
Beliau berkata beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia telah berlepas ke Gaza untuk menyertai misi kemanusiaan yang menghulurkan bantuan makanan dan ubat-ubatan dan memberi sokongan psikososial kepada mangsa.
Selain itu, Kementerian Luar telah mengulangi rayuan bagi sumbangan kewangan daripada orang ramai untuk membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Palestin yang ditubuhkan oleh Kementerian sejak 2002.
Bernama
Wed Jul 23 2014
Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hussein Haniff. - gambar fail
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Semua anggota perubatan MERCY Malaysia berjaya dibawa keluar dari Rafah
Wisma Putra memaklumkan, keenam-enam anggota dibawa keluar dari zon konflik secara berkumpulan bersama kakitangan antarabangsa yang lain.
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Swift sebelum ini antara selebriti yang kuat bersuara berkenaan hak asasi manusia, namun sehingga kini masih membisu tentang situasi di Gaza.
Negara Islam utamakan keuntungan ganggu usaha boikot - BDS Malaysia
Negara-negara Islam yang mengutamakan keuntungan ekonomi domestik menjadi punca usaha boikot terhadap ekonomi Israel sukar mencapai objektifnya.
Boikot hanya sehingga syarikat hentikan sumbangan kepada Israel - Pensyarah UIAM
Kempen boikot yang dijalankan ketika ini mesti bersandarkan kepada prinsip pemulauan yang jelas.
Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah
Majed Abu Ramadan berkata tidak ada petunjuk bahawa pihak berkuasa Israel akan berbuat perkara berkenaan dalam masa terdekat.
Usaha diplomasi antarabangsa untuk tamatkan konflik di Gaza - PBB
Diplomasi itu diharap dapat membantu mengurangkan konflik daripada merebak lebih luas.
AS desak Israel lindungi nyawa penduduk awam Palestin
Timbalan Duta Amerika ke PBB, Robert Wood mendesak Israel melindungi nyawa penduduk awam Palestin di Gaza.
Israel guna helikopter tentera serang Rafah
Serangan terbaharu menyaksikan sebuah helikopter Israel melepaskan tembakan ke atas Rafah.
Sistem kesihatan Gaza lumpuh, Israel dikecam teruk dalam mesyuarat tahunan WHO
Beberapa negara anggota turut menyalahkan Israel atas risiko kebuluran yang semakin meningkat di Gaza.
Penghantaran bantuan melalui udara ada baik, ada buruk - KHOM
Penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara ada risiko keselamatan kepada orang awam secara umum.