KUALA LUMPUR: Malaysia menyokong penuh keputusan Brunei selaku Pengerusi ASEAN, berhubung isu perwakilan dari Myanmar pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata demikian menerusi Twitternya ketika mengulas kenyataan Malaysia pada sidang kemuncak tiga hari yang bermula Selasa yang diadakan secara maya.
Ketika mesyuarat menteri luar ASEAN pada 15 Okt lepas, blok serantau itu mengambil langkah tegas mengecualikan Myanmar pada Sidang Kemuncak itu selain menolak permintaan kerajaan bayangan Myanmar, Kerajaan Perpaduan Nasional (NUJ) untuk menyertai sidang berkenaan.
Kumpulan serantau itu sebaliknya memutuskan untuk mengundang wakil bukan politik bagi mewakili negara berkenaan.
Sejak kerajaan yang dipilih rakyat pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan junta pada 1 Feb, kekacauan meletus di Myanmar mengakibatkan hampir 1,000 orang awam terbunuh selepas bertempur dengan pasukan keselamatan.
Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38, Ismail Sabri turut menyentuh mengenai wabak COVID-19, dan menggesa ASEAN meningkatkan kerjasama dengan negara yang mempunyai pemikiran sama serta pertubuhan antarabangsa yang relevan ke arah memastikan vaksin pada harga mampu milik, mudah diperoleh selain dikongsi secara saksama selain mengutamakan diplomasi kesihatan menerusi kolaborasi lebih meluas.
Sementara itu, beliau berkata, Pasukan Petugas Peringkat Tinggi (HLTF) yang menyediakan Wawasan Komuniti ASEAN 2025 seharusnya mampu menyiapkan ASEAN supaya menjadi lebih ampuh dalam menangani cabaran dan menerima perubahan.
Beliau menekankan bahawa perkumpulan serantau itu seharusnya mengenal pasti langkah membolehkan ASEAN dapat bekerja lebih efisien dan efektif sambil memanfaatkan sepenuhnya sumber.
"Masukkan segala peluang yang terbit daripada pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada pandemik," katanya.
Sementara itu, pada Sidang Kemuncak ke-39, beliau berkata, Malaysia menyeru Myanmar menunaikan komitmennya terhadap penghantaran pulang pelarian selain melindungi mereka yang pulang.
Beliau menyatakan, Malaysia turut berpegang teguh terhadap pendirian bahawa segala aspek berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman dan konstruktif sejajar dengan prinsip undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).
Malaysia turut kekal komited untuk meratifikasi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjelang hujung tahun ini kerana ia membantu mempercepat pemulihan serantau serta menjadikannya lebih berdaya tahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021
Perdana Menteri menekankan bahawa perkumpulan serantau itu seharusnya mengenal pasti langkah membolehkan ASEAN dapat bekerja lebih efisien dan efektif sambil memanfaatkan sepenuhnya sumber. - Foto BERNAMA
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Tidak kira siapa presiden, AS terus komited perkukuh hubungan dengan lndo-Pasifik - Blinken
Ini kerana, Blinken berkata, kepentingan strategik di rantau ini adalah jelas.
Naib Presiden Indonesia Ma’ruf Amin dan PM Anwar eratkan hubungan semasa Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua pemimpin menekankan keakraban hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia semasa waktu rehat, sambil berbual dan menikmati minuman.
Pemimpin ASEAN nantikan penyertaan penuh Timor-Leste dalam keluarga ASEAN - Siphandone
Pemimpin blok itu menantikan keahlian penuh negara termuda di Asia Tenggara dalam keluarga ASEAN pada masa akan datang.
Malaysia, Singapura capai kesepakatan, kemajuan beberapa isu tertunggak - Anwar
Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.
Malaysia usulkan tiga langkah, tingkatkan potensi ASEAN dalam perdagangan
Malaysia menggariskan tiga langkah dalam usaha meningkatkan potensi ASEAN dalam memacu pertumbuhan perdagangan, hubungan pelaburan dan transformasi digital.
Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.
Sidang Kemuncak ASEAN diharap dapat selesaikan isu Myanmar - Mohamad
Negara bersempadan dengan Myanmar kini terpaksa mendepani masalah dibawa negara itu yang ketika ini menjadi negara utama dalam kegiatan jenayah.
Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bermula di Laos sebelum Sidang Kemuncak ke-44 dan ke-45
Antara topik utama yang dibincangkan termasuk usaha membina Komuniti ASEAN, hala tuju strategik masa depan, serta pengurusan hubungan luar ASEAN.
Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45, sidang berkaitan di Vientiane
Selain Sidang Kemuncak ASEAN, Perdana Menteri juga dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Campur Satu antara ASEAN dan tujuh Rakan Dialog.
Malaysia fokus isu keamanan dan kestabilan serantau di Sidang Kemuncak ASEAN - Duta
Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN akan memfokuskan kepada beberapa isu utama antaranya melibatkan keamanan dan kestabilan serantau serta integrasi ekonomi serantau.