awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sumbang vaksin AstraZeneca kepada Bangladesh, Laos - Khairy

Bernama
Bernama
06/12/2021
13:21 MYT
Malaysia sumbang vaksin AstraZeneca kepada Bangladesh, Laos - Khairy
Khairy berkata sehingga hari ini, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi Bangladesh adalah 20 peratus manakala bagi Laos adalah 24 peratus. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyumbang 559,200 dos vaksin jenis AstraZeneca kepada Bangladesh dan 283,400 dos kepada Laos, bagi memastikan negara-negara yang memerlukan mendapat kesaksamaan akses kepada bekalan vaksin COVID-19.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sehingga hari ini, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi Bangladesh adalah 20 peratus manakala bagi Laos adalah 24 peratus, dan kedua-dua negara tersebut bakal menerima sumbangan bekalan vaksin pada hari ini (6) dan 8 Dis ini.
Beliau memberi jaminan bahawa dengan pemberian sumbangan itu, negara masih mempunyai stok bekalan vaksin yang mencukupi untuk program vaksinasi populasi dewasa, remaja dan juga pemberian dos penggalak kepada mereka yang telah layak.
"Kementerian Kesihatan (KKM) berharap sumbangan ini dapat membantu usaha kerajaan kedua-dua negara dalam menangani pandemik COVID-19 serta meningkatkan lagi kadar vaksinasi di negara masing-masing.
"Kerajaan melalui KKM dan Wisma Putra akan terus mengenal pasti dan membantu negara-negara yang mencatatkan kadar vaksinasi yang rendah melalui pemberian sumbangan vaksin COVID-19," katanya satu dalam kenyataan di sini, hari ini.
Khairy berkata, Malaysia sebelum ini juga pernah menerima sumbangan vaksin dari empat negara iaitu Jepun, Amerika Syarikat, China dan United Kingdom dengan jumlah keseluruhan sumbangan yang diterima sebanyak 2,913,790 dos.
"Sumbangan ini telah membantu meningkatkan kadar liputan vaksinasi di dalam negara dan kini, Malaysia berharap dapat lakukan perkara yang sama kepada negara-negara yang memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#AstraZeneca
#Bangladesh
#laos
#KKM
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan