SHAH ALAM: Malaysia berada di tangga keempat dari 10 negara teratas dalam pengurangan kehilangan hutan utama setakat 2022.
Berdasarkan laporan World Resources Institute Global Forest Watch dan University of Maryland, secara keseluruhan, Malaysia mengurangkan kehilangan hutan utama sebanyak 57 peratus pada tahun lalu.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan perkembangan positif yang dinyatakan dalam laporan tersebut.
Menurutnya, pencapaian itu disebabkan oleh beberapa inisiatif termasuk penguatkuasaan lebih ketat, pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) disebar luas, Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) untuk inisiatif Pemuliharaan Biodiversiti yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini dan tindakan proaktif kerajaan negeri dalam melindungi hutan.
“Perlu diingatkan bahawa, semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992, Malaysia telah menyatakan komitmennya untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara supaya dilitupi pokok-pokok dan kawasan berhutan.
“Sehingga kini, Malaysia masih mengekalkan komitmen tersebut, kawasan berhutan adalah seluas 18.05 juta hektar atau 54.58 peratus daripada keluasan tanah negara,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Bagaimanapun, Nik Nazmi berkata, NRECC menyedari bahawa Malaysia tidak boleh leka dan perlu melakukan banyak lagi usaha untuk memastikan kehilangan hutan utama negara dihentikan sepenuhnya dalam masa terdekat.
Menurutnya, beberapa inisiatif akan terus dilaksanakan termasuk memperkasakan perundangan seperti Akta Perhutanan Negara 1984 selain meningkatkan usaha untuk mewartakan kawasan hutan termasuk di kawasan Central Forest Spine dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar.
Tambah beliau, NRECC juga meningkatkan peruntukan EFT pada 2023 kepada RM150 juta iaitu peningkatan sebanyak 150 peratus sejak pelaksanaannya pada 2019 dan pelbagai usaha lain.
“Kami mengalu-alukan semua pemegang taruh, termasuk kerajaan negeri, sektor swasta dan masyarakat sivil, bersama-sama NRECC untuk memperkasakan pengurusan dan pembangunan hutan serta mengekalkan kawasan hutan sedia ada demi kelestarian alam sekitar.
“Kami menggesa semua rakyat Malaysia untuk terus menyokong usaha kami dalam melindungi hutan sebagai salah satu sumber negara yang paling penting, untuk memastikan kita dapat mewariskan warisan yang paling berharga ini kepada anak-anak kita dan anak-anak mereka jua,” ujarnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 01 2023
NRECC menyedari bahawa Malaysia tidak boleh leka dan perlu melakukan banyak lagi usaha untuk memastikan kehilangan hutan utama negara dihentikan sepenuhnya dalam masa terdekat. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Malaysia tangga keempat kurangkan kehilangan hutan
Malaysia berada di tangga keempat dari 10 negara teratas dalam pengurangan kehilangan hutan utama setakat 2022.