MALAYSIA
Malaysia tegas larang kemasukan sisa elektronik luar negara
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata semua 128 premis berlesen di negara ini hanya dibenar memproses e-waste yang dihasilkan dalam negara. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak membenarkan kemasukan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari luar negara bagi mengelak pencemaran alam sekitar serta risiko kesihatan awam.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata semua 128 premis berlesen di negara ini hanya dibenar memproses e-waste yang dihasilkan dalam negara.
"Malaysia tidak membenarkan kemasukan sisa elektrik dan elektronik untuk diproses di Malaysia. Kementerian tegas tidak akan menjadikan negara ini tempat melupuskan sisa berjadual dari luar," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) yang ingin tahu sama ada kementerian berhasrat memperluas kilang pemprosesan berlesen bagi sisa elektronik dari luar negara dalam usaha menangani aktiviti penyeludupan yang merugikan negara.
Menurut Huang, e-waste yang mengandungi bahan toksik seperti plumbum, merkuri dan kadmium perlu dirawat serta dilupus secara selamat bagi melindungi alam sekitar dan kesihatan awam.
Sementara itu dalam soalan berasingan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan usaha pengeluaran hasil pertanian tempatan dilaksanakan secara tersusun untuk memastikan sasaran negara tercapai sekali gus mengurangkan jumlah bahan mentah import.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) ala Sekinchan serta projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun sedang giat dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran padi dan beras tempatan.
"Ia melibatkan kawasan seluas 3,000 hektar secara berperingkat mulai 2024 di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
"Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan, Program Peningkatan Ruminan dilaksanakan dengan tumpuan kepada aktiviti biak baka dan pembangunan populasi baka lembu berkualiti selaras sasaran Kadar Sara Diri (SSR) sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030," katanya pada sesi sama.
Bagi memperkasa industri akuakultur, beliau berkata KPKM menyediakan program bersasar seperti Zon Industri Akuakultur (ZIA), Program Integrasi Akuakultur dan Kebun Komuniti MADANI subsektor untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 958,000 tan metrik menjelang 2030.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai senarai bahan mentah import utama negara dan langkah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan import tersebut.
-- BERNAMA