awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tegas pertahan kedaulatan Sabah dan kepentingan negara

Bernama
Bernama
29/07/2024
15:15 MYT
Malaysia tegas pertahan kedaulatan Sabah dan kepentingan negara
Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Isnin menegaskan pendirian kerajaan bahawa Sabah sentiasa merupakan sebahagian penting daripada Malaysia. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian penting daripada negara dan memastikan agar kedaulatan, keutuhan wilayah dan kepentingan negara sentiasa dilindungi pada setiap masa.
Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Isnin menegaskan pendirian kerajaan bahawa Sabah sentiasa merupakan sebahagian penting daripada Malaysia.
"Malaysia tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf mana-mana tuntutan ke atas Sabah.
"Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar berkata rakyat Sabah telah melaksanakan hak penentuan nasib sendiri berhubung pembentukan Malaysia menerusi Suruhanjaya Cobbold pada 1962.
Menurut Wisma Putra, pihaknya mengambil maklum mengenai penularan video di media sosial yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mengelirukan yang mempertikaikan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian penting daripada Malaysia.
"Kementerian ini sedang menjalankan siasatan secara mendalam dengan kerjasama Kementerian serta Agensi berkenaan berhubung perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Malaysia
#pertahan kedaulatan
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan