MALAYSIA
Malaysia tegaskan kedaulatan dalam industri nadir bumi
Johari menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan sebarang bentuk “penjajahan moden” bertapak di negara ini. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan hak kedaulatannya dalam industri unsur nadir bumi (REE) walaupun terdapat beberapa perjanjian telah ditandatangani di peringkat antarabangsa.
Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan sebarang bentuk “penjajahan moden” bertapak di negara ini.
“Walaupun terdapat perjanjian tertentu, Malaysia mengekalkan kuasa penuh membuat keputusan melalui proses yang ditetapkan. Sesiapa yang ingin melabur mesti mengikuti prosedur kita,” tegasnya dalam jawapan di Dewan Rakyat.
Beliau menjelaskan persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan sahaja tidak mencukupi kerana rizab nadir bumi berada di bawah kerajaan negeri.
Johari juga menekankan setiap cadangan pelaburan perlu dinilai secara menyeluruh termasuk membabitkan peluang pekerjaan, cukai korporat, dan sumbangan ekonomi kepada kerajaan negeri sebelum kelulusan diberikan.
“Kedua-dua pihak, Persekutuan dan negeri, mesti bertanggungjawab. Pelabur perlu mewajarkan lokasi pengekstrakan, membuktikan ketersediaan rizab, serta memastikan loji pemprosesan memberi faedah ekonomi.
“Kedaulatan negara adalah keutamaan. Pelabur boleh melabur, tetapi mereka mesti menghormati proses dan peraturan kita,” katanya.
Johari turut menggariskan beberapa cabaran utama dalam pembangunan industri nadir bumi, terutama dalam aspek kepakaran dan teknologi.
“Kita masih kekurangan kepakaran dan teknologi tempatan pada skala komersial, menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada teknologi luar.
“Malaysia juga belum mempunyai loji pemprosesan yang mampu memisahkan unsur bernilai tinggi secara komersial. Selain itu, data mengenai lokasi, kuantiti, gred dan status guna tanah sumber nadir bumi masih terhad,”katanya.
Johari menjelaskan bahawa dasar kerajaan yang melarang perlombongan di kawasan sensitif seperti Hutan Simpan Kekal, tadahan air dan kawasan perlindungan, turut mengehadkan lokasi sesuai, tetapi ia penting untuk kelestarian alam sekitar.