MALAYSIA
Malaysia tegaskan komitmen perkukuh hubungan dengan Lubnan
pada majlis resepsi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 pada Jumaat. - Gambar Facebook Embassy of Malaysia in Lebanon
KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh hubungan yang lama terjalin dengan Lubnan melalui kerjasama pengaman, kemanusiaan, teknikal serta pengembangan perkongsian ekonomi.
Duta Besar Malaysia ke Lubnan Datuk Azri Mat Yacob berkata kedua-dua negara telah menjalin hubungan mendalam dan berkekalan sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1965.
Beliau berkata komitmen Malaysia terhadap Lubnan dizahirkan melalui penugasan berterusan Batalion Malaysia (MALBATT) di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sejak 2007, selain pelbagai inisiatif kemanusiaan dan pembangunan kapasiti di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
"Melalui MTCP, Malaysia baru-baru ini telah melatih lebih 100 profesional penjagaan kesihatan Lubnan dalam bidang kritikal seperti rawatan trauma, kawalan jangkitan, kesihatan ibu dan sokongan 'psychosocial'," katanya pada majlis resepsi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 pada Jumaat.
Azri turut menekankan peningkatan penglibatan ekonomi Malaysia dengan Lubnan, dengan mencatatkan pertumbuhan perdagangan dua hala sebanyak 43 peratus antara 2020 dan 2024.
"Pertumbuhan ini membuktikan daya tahan perkongsian ekonomi kita serta potensi kerjasama pada masa depan," katanya.
Beliau turut menggalakkan pelancong Lubnan melawat Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, sambil menyatakan bahawa kemudahan bebas visa antara kedua-dua negara dijangka memudahkan perjalanan serta mengeratkan hubungan antara rakyat.
Dalam kenyataan itu, Kedutaan Besar Malaysia berkata majlis resepsi itu menegaskan persahabatan erat dan hubungan kukuh antara Malaysia dan Lubnan.
Majlis berkenaan dihadiri lebih 250 tetamu, termasuk menteri dan pegawai kabinet Lubnan, anggota kor diplomatik, tokoh perniagaan, akademik, wakil media serta diaspora Malaysia.
Menteri Penerangan Lubnan Paul Morcos hadir sebagai wakil Presiden, Perdana Menteri dan Speaker Parlimen, bersama beberapa menteri kabinet lain.
Bagi melambangkan keharmonian budaya dan persahabatan, majlis itu turut menampilkan peragaan pakaian tradisional Malaysia oleh peragawati Lubnan.
Skrin LED promosi turut memaparkan peluang perdagangan, pelaburan dan pelancongan Malaysia, memberikan tetamu pratonton daya tarikan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
-- BERNAMA