MALAYSIA
Malaysia tegaskan komitmen terhadap keamanan serantau melalui Kuala Lumpur Peace Accord
Pemimpin pertahanan dari Malaysia, Amerika Syarikat, Kemboja dan Thailand berhimpun meraikan Kuala Lumpur Peace Accords. - Foto MINDEF
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Amerika Syarikat, Thailand dan Kemboja, yang turut memainkan peranan penting dalam kejayaan pelaksanaan Kuala Lumpur Peace Accord.
Ringkasan AI
Inisiatif tersebut disifatkan sebagai langkah bersejarah ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan berkekalan di sempadan Kemboja-Thailand, dengan Malaysia bertindak sebagai fasilitator utama.
Pertemuan berkenaan berlangsung sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Mesyuarat itu menjadi platform penting bagi negara anggota membincangkan pelbagai isu keselamatan serantau, termasuk cabaran keselamatan maritim, keselamatan siber, serta pembangunan keupayaan pertahanan melalui teknologi dan inovasi.
Dalam satu hantaran di Facebook, Mohamed Khaled menegaskan bahawa Malaysia kekal komited menyokong proses perdamaian melalui dialog berterusan, kepercayaan dan kerjasama serantau yang berpaksikan semangat “ASEAN Unity for Security and Prosperity.”
“Malaysia akan terus menjadi rakan yang dipercayai dalam memastikan keamanan dan kestabilan serantau, termasuk melalui inisiatif seperti Kuala Lumpur Peace Accord yang menzahirkan semangat ASEAN dalam mencari penyelesaian bersama,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa semangat perpaduan ASEAN perlu terus diperkukuh bagi menghadapi ketidaktentuan geopolitik global, sekali gus memastikan rantau ini kekal sebagai zon aman dan makmur.
Susulan ADMM ke-19, Kuala Lumpur turut menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN bersama Rakan Dialog (ADMM-Plus) ke-12 yang berlangsung pada 1 November.
Mesyuarat ini menghimpunkan lapan negara rakan dialog: Amerika Syarikat, Rusia, Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.
Penganjuran ADMM dan ADMM-Plus secara berturut-turut mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama pertahanan pelbagai hala serta memperluas diplomasi keselamatan di rantau Indo-Pasifik.
Ringkasan AI
- Malaysia fasilitasi kejayaan Kuala Lumpur Peace Accord, dengan Mohamed Khaled bertemu rakan sejawat dari AS, Thailand dan Kemboja sempena ADMM ke-19.
- Mesyuarat ADMM ke-19 di Kuala Lumpur fokus kepada isu keselamatan serantau, termasuk maritim, siber dan teknologi pertahanan.
- ADMM-Plus ke-12 turut berlangsung dengan penyertaan lapan negara rakan dialog, mencerminkan komitmen Malaysia terhadap diplomasi keselamatan Indo-Pasifik.
Inisiatif tersebut disifatkan sebagai langkah bersejarah ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan berkekalan di sempadan Kemboja-Thailand, dengan Malaysia bertindak sebagai fasilitator utama.
Pertemuan berkenaan berlangsung sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Mesyuarat itu menjadi platform penting bagi negara anggota membincangkan pelbagai isu keselamatan serantau, termasuk cabaran keselamatan maritim, keselamatan siber, serta pembangunan keupayaan pertahanan melalui teknologi dan inovasi.
Dalam satu hantaran di Facebook, Mohamed Khaled menegaskan bahawa Malaysia kekal komited menyokong proses perdamaian melalui dialog berterusan, kepercayaan dan kerjasama serantau yang berpaksikan semangat “ASEAN Unity for Security and Prosperity.”
“Malaysia akan terus menjadi rakan yang dipercayai dalam memastikan keamanan dan kestabilan serantau, termasuk melalui inisiatif seperti Kuala Lumpur Peace Accord yang menzahirkan semangat ASEAN dalam mencari penyelesaian bersama,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa semangat perpaduan ASEAN perlu terus diperkukuh bagi menghadapi ketidaktentuan geopolitik global, sekali gus memastikan rantau ini kekal sebagai zon aman dan makmur.
Susulan ADMM ke-19, Kuala Lumpur turut menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN bersama Rakan Dialog (ADMM-Plus) ke-12 yang berlangsung pada 1 November.
Mesyuarat ini menghimpunkan lapan negara rakan dialog: Amerika Syarikat, Rusia, Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.
Penganjuran ADMM dan ADMM-Plus secara berturut-turut mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama pertahanan pelbagai hala serta memperluas diplomasi keselamatan di rantau Indo-Pasifik.
#ADMM
#ASEAN
#Menteri Pertahanan
#Kuala Lumpur Peace Accord
#ASEAN Unity for Security and Prosperity