NATIONAL
Malaysia tekad perkukuh perdagangan intra-ASEAN - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul (enam dari kiri) bergambar bersama delegasi ASEAN lain yang menghadiri Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-25di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, pada Ahad. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk memperkukuh perdagangan intra-ASEAN dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada rakan dagang luar, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata demikian ketika membuka Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-25 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, pada Ahad.
Dalam ucapan pembukaannya selaku Pengerusi Mesyuarat AECC, Tengku Zafrul memaklumkan, sebanyak 11 agenda utama akan dibincangkan dalam mesyuarat itu sebelum dibawa ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, khususnya yang berkaitan pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Tonggak Ekonomi ASEAN.
“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan mengemudi hala tuju untuk memperkukuh perdagangan dalam kalangan negara anggota ASEAN (AMS),” katanya.
Mengulas cabaran semasa ekonomi global, beliau berkata, ketidaktentuan yang wujud termasuk susulan langkah tarif timbal balik oleh pentadbiran Amerika Syarikat perlu ditangani dengan tenang.
“Kita tidak tergesa-gesa dalam memberi reaksi, sebaliknya ASEAN memilih jalan dialog dan kerjasama antara negara anggota. Komunikasi terbuka adalah kunci kepada hubungan yang seimbang.
“Pendirian ini penting bagi mengelakkan sebarang ketegangan, bukan sahaja dengan Amerika Syarikat, malah dengan ekonomi utama lain,” katanya.
Tengku Zafrul turut menegaskan, nilai-nilai teras ASEAN seperti keamanan, kestabilan dan saling menghormati perlu terus dipelihara demi memastikan masa depan yang lebih baik untuk rantau ini.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn dan Timbalan Setiausaha Agung (Komuniti Ekonomi ASEAN), Satvinder Singh.