awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terajui usaha tubuh Majlis Pembangunan Halal Dunia - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
17/09/2025
15:45 MYT
Malaysia terajui usaha tubuh Majlis Pembangunan Halal Dunia - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, majlis itu akan membina gabungan yang dinamik dan berorientasikan pasaran. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia menerajui usaha menubuhkan Majlis Pembangunan Halal Dunia (WHDC) sebagai platform global baharu untuk menyelaraskan perdagangan, pelaburan dan inovasi dalam ekonomi halal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia berkata WHDC akan bermula dengan keahlian yang kecil tetapi strategik, bertujuan mempercepat pembinaan kapasiti, penyelidikan dan pembangunan serta memberikan impak ekonomi yang ketara.
"Majlis itu akan membina gabungan yang dinamik dan berorientasikan pasaran," katanya dalam ucapan yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar pada makan malam sempena Sidang Kemuncak Halal Global 2025 di sini malam ini.
Ahmad Zahid berkata Malaysia turut mencadangkan Halal+ 2030, sebuah pergerakan global antara lain untuk mengintegrasikan halal dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan trend pengguna beretika, mempercepat halal digital menerusi kecerdasan buatan (AI), blok rantai dan Internet kebendaan untuk kebolehjejakan penuh.
"Himpunkan tawaran halal merentasi makanan, farmaseutikal, kosmetik, perjalanan dan fesyen serta memupuk pemimpin masa depan menerusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta latihan antarabangsa
"Halal+ 2030 ialah jemputan untuk membawa kepakaran anda, pelaburan anda dan idea anda, supaya halal bukan sahaja diperakui tetapi bermaruah; bukan sahaja diiktiraf tetapi dihormati," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Ahmad Zahid berkata Malaysia melihat beberapa peluang utama yang memerlukan kerjasama dan boleh dicapai menerusi pergerakan itu, termasuk Laluan Naik Taraf (Upgrade Pathways) perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang bertujuan mewujudkan laluan yang lebih mudah dan pantas untuk mereka mendapatkan pensijilan.
"Hari ini, pertindihan dan kelewatan melambatkan kita. Kita mesti memperluas badan pensijilan yang diiktiraf dan yang lebih penting, bergerak ke arah pengiktirafan rasmi yang sama merentasi negara-negara supaya halal menjadi lancar untuk pengeksport dan pengguna," katanya.
Kedua-dua cadangan itu iaitu WHDC dan Halal+ 2030 menurut Ahmad Zahid mencerminkan ekonomi halal bukan sahaja mengenai pasaran dan keuntungan tetapi juga melibatkan diplomasi, pengaruh dan kepimpinan.
"Ia adalah cara Malaysia untuk menunjukkan kepada dunia bahawa sebuah negara Islam boleh menegakkan prinsip Syariah sambil menerima realiti ekonomi global moden.
"Sekian lama, halal telah menjadi antara satu bentuk kuasa lembut Malaysia yang paling kukuh. Menerusi pensijilan kami, kewangan Islam, pendidikan halal dan pelancongan halal, kami telah membina kredibiliti dan kepercayaan. Dan kepercayaan, apabila diperoleh, menjadi pengaruh," katanya.
Sementara itu, beliau berkata ekonomi halal global, yang kini bernilai lebih daripada USD3 trilion, diunjurkan berkembang kepada USD5 trilion menjelang 2030, merangkumi makanan, farmaseutikal, kosmetik, pelancongan, logistik, kewangan dan ekonomi digital.
Bagi Malaysia, Ahmad Zahid berkata halal sudah menjadi tonggak penting ekonomi yang menyumbang 7.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) setakat hari ini dan diunjurkan meningkat kepada 11 peratus menjelang 2030, dengan nilai domestik sebanyak USD113 bilion.
"Eksport halal kami berjumlah kira-kira USD8 bilion setahun, menyumbang lebih lima peratus daripada jumlah eksport negara kami," katanya.
Beliau juga berkata eksport halal Malaysia mencecah USD13.1 bilion tahun lepas iaitu peningkatan 15 peratus daripada tahun sebelumnya dan di bawah Rancangan Malaysia ke-13, kerajaan MADANI menyasarkan untuk meningkatkan angka itu kepada USD17 bilion bagi menjadikan halal bukan sahaja industri tetapi asas pertumbuhan KDNK.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majlis pembangunan halal dunia
#perdagangan
#pelaburan
#Ahmad Zahid Hamidi
#pembangunan
#ekoniomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan