awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terbuka bekerjasama dengan Palestin pulihkan telekomunikasi Gaza - Fahmi

Bernama
Bernama
05/11/2024
15:25 MYT
Malaysia terbuka bekerjasama dengan Palestin pulihkan telekomunikasi Gaza - Fahmi
Fahmi mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi Negara Palestin, Mohammad al-Amour pada Selasa. - Gambar Bernama
ISTANBUL: Malaysia tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Palestin untuk memulihkan sektor telekomunikasi di Gaza, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Ringkasan AI
  • Malaysia sedang mempertimbangkan kerjasama dengan Palestin untuk membangunkan semula sektor telekomunikasi di Gaza, menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
  • Peluang kerjasama merangkumi transformasi digital, e-dompet, pembayaran dalam talian, dan bank digital untuk menyokong ekonomi Palestin.
  • Fahmi juga bertemu dengan SESRIC untuk perbincangan latihan global, serta menghadiri COMCEC mewakili Malaysia dalam sidang OIC di Turkiye.

Fahmi, yang dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Turkiye, mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi Negara Palestin Mohammad al-Amour hari ini untuk membincangkan potensi kerjasama antara Malaysia dan Palestin dalam pelbagai bidang.
Beliau berkata terdapat banyak peluang yang boleh diteroka Malaysia dan Palestin, seperti transformasi digital, pembayaran dalam talian, bank digital dan e-dompet.
"Saya fikir perkara ini akan banyak membantu dalam memulihkan ekonomi (Palestin)," katanya kepada Mohammad selepas menghadiri majlis penutup Sesi Ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini.
Mohammad yang mewakili kerajaan Palestin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang tidak berputus asa memberi sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin.
Dalam pada itu, Fahmi turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan dan Latihan Statistik, Ekonomi dan Sosial bagi Negara-Negara Islam (SESRIC) Zehra Zumrut Selcuk.
Fahmi berkata beberapa peluang kerjasama boleh diteroka terutamanya melibatkan latihan global antara SESRIC dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) serta Akademi MCMC.
Semalam, beliau memberi kenyataan sebagai wakil Kumpulan Asia negara-negara anggota OIC pada COMCEC, selain Qatar dan Gambia.
Kunjungan ini merupakan kali pertama dalam tempoh 40 tahun seorang menteri Malaysia ke COMCEC yang kali terakhir dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah pada 1984.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerjasama
#Palestin
#pulihkan telekomunikasi Gaza
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan