MALAYSIA
Malaysia terbuka kerjasama dengan NDB, perkukuh Selatan-Selatan
Anwar menerima kunjungan hormat Dilma Rousseff di luar Sidang Kemuncak BRICS, di Rio de Janeiro, 6 Julai 2025. - Foto Astro AWANI
RIO DE JANEIRO: Malaysia terbuka untuk bekerjasama dengan Bank Pembangunan Baharu (NDB) seiring mengukuhkan kerjasama Selatan-Selatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan meneroka potensi kerjasama bersama NDB dalam kerangka pembangunan mampan dan pembiayaan infrastruktur.
“Malaysia akan meneliti secara menyeluruh keanggotaan dalam NDB, dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk komitmen yang diperlukan serta keberkesanan penyertaan dalam institusi tersebut,” katanya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, sebagai bank pembangunan pelbagai hala yang ditubuhkan oleh negara-negara membangun, NDB menawarkan alternatif pembiayaan yang berdaya saing, sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk mempelbagaikan sumber pembangunan infrastruktur dan mempercepatkan peralihan kepada ekonomi hijau.
Perkara itu dinyatakan beliau ketika menerima kunjungan hormat Presiden NDB, Dilma Rousseff di luar Sidang Kemuncak BRICS, di sini, pada Ahad.
Pada pertemuan itu, Anwar turut mengucapkan tahniah atas pemilihan semula beliau sebagai Presiden NDB.