awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terus berkembang sebagai negara maju, amal sistem pasaran bebas pada 2040

Bernama
Bernama
31/07/2025
08:34 MYT
Malaysia terus berkembang sebagai negara maju, amal sistem pasaran bebas pada 2040
Kerajaan menetapkan dasar dan hala tuju strategik yang jelas, konsisten dan sesuai bagi membolehkan semua pihak membuat keputusan yang tepat dan selari dengan visi pembangunan ekonomi negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus berkembang sebagai negara maju mengikut takrifan dan nilai tersendiri, mengamalkan sistem pasaran bebas, menjadi destinasi utama pelaburan global dan menerajui pasaran serantau pada 2040.

Ringkasan AI
  • Malaysia dijangka menjadi negara maju dengan sistem pasaran bebas, destinasi pelaburan global dan peneraju pasaran serantau, hasil peralihan kepada ekonomi rencam yang menghasilkan produk bernilai tinggi serta memberi peluang saksama kepada bakat tempatan dengan gaji progresif.
  • Kerajaan bertindak sebagai pemudah cara yang responsif melalui dasar strategik, penyediaan infrastruktur berkualiti, serta sokongan pembiayaan dan insentif bersasar bagi menjamin keterangkuman dan menangani ketempangan ekonomi.
  • Syarikat tempatan memperkukuh daya saing global melalui inovasi dan kerjasama dengan institusi penyelidikan, manakala individu dan masyarakat berperanan sebagai ejen perubahan dengan menyumbang tenaga, kemahiran dan keusahawanan dalam memajukan ekonomi terangkum.

Menurut laporan Rancangan Malaysia ke-13 bagi tempoh 2026-2030 yang bertemakan Melakar Semula Pembangunan, kejayaan itu adalah hasil daripada peralihan kepada ekonomi yang lebih rencam yang membolehkan pengeluaran produk bernilai tinggi di sepanjang rantaian nilai global.
"Peralihan ini juga memberi peluang yang saksama kepada bakat tempatan berkemahiran untuk terus meningkatkan produktiviti yang dihargai dengan gaji progresif," menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi hari ini.
Kerajaan menjadi pemudah cara yang responsif dalam memperkukuh ekosistem ekonomi membolehkan semua ejen ekonomi memainkan peranan masing-masing secara cekap dan berkesan, jelasnya.
Di samping itu, kerajaan juga menetapkan dasar dan hala tuju strategik yang jelas, konsisten dan sesuai bagi membolehkan semua pihak membuat keputusan yang tepat dan selari dengan visi pembangunan ekonomi negara.
"Kerajaan juga bertanggungjawab untuk memastikan ketersediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang menyeluruh, bersepadu dan berkualiti bagi memenuhi keperluan perniagaan, masyarakat dan rakyat dalam menjalankan aktiviti ekonomi," menurut laporan yang merangkumi strategi lima tahun itu.
Selain itu, sokongan kerajaan seperti pembiayaan, insentif dan program bersasar sentiasa ditambah baik bagi menjamin keterangkuman dan menumpukan ketempangan yang wujud dalam ekonomi.
Di samping itu, syarikat di Malaysia sentiasa meningkatkan kapasiti dan keupayaan untuk memperhebat kelebihan daya saing dalam pasaran global serta berani menceburi industri baharu yang berpotensi.
"Syarikat juga aktif berkolaborasi dengan institusi penyelidikan dan pelabur untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan disruptif dalam mencipta nilai yang memberi pulangan yang tinggi.
"Majikan pula menyediakan gaji progresif dan adil, mewujudkan persekitaran dan aturan kerja yang mesra pekerja serta melabur awal dalam mengenal pasti dan membangunkan bakat dan kemahiran secara berterusan bagi meningkatkan produktiviti pekerja," menurut laporan itu.
Individu dan masyarakat pula berperanan penting dalam mewujudkan ekonomi yang terangkum dengan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan memakmurkan perniagaan tempatan.
Individu menjadi modal insan yang kalis cabaran masa hadapan dan sentiasa berusaha untuk menyumbang tenaga dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang, menurut laporan itu.
Di samping itu, individu dengan minda strategik, sentiasa mencari dan mencipta peluang melalui keusahawanan untuk menjana nilai, pendapatan dan kekayaan.
"Masyarakat bertindak sebagai ejen perubahan dengan memikul tanggungjawab bersama dalam memupuk budaya inovasi dan menyokong aktiviti ekonomi tempatan," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#RMK13
#Malaysia
#negara maju
#pasaran bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan