KUALA LUMPUR: Malaysia masih menjadi destinasi pilihan untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Beliau berkata walaupun jumlah permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke negara ini sedikit merosot ketika dunia berdepan dengan pandemik COVID-19, namun keadaan mula positif pada 2021 dengan peningkatan semula permohonan sehingga 32 peratus.
"Keadaan ini diperkukuhkan dengan pengiktirafan Kuala Lumpur di tempat kedua dalam QS Top Universities 'Most Affordable City for Students' untuk tahun 2018 dan 2019. Dalam erti kata lain, kos pengajian yang ditawarkan adalah berpatutan," katanya pada majlis makan malam sambutan ulangtahun ke-10, Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS), di sini, malam tadi.
Tambah Noraini, banyak faktor yang boleh dijadikan penarik untuk menggalakkan kemasukan lebih ramai pelajar asing ke negara ini, seperti kualiti pendidikan yang diiktiraf bertaraf dunia.
"QS World University Rankings dalam laporannya beberapa minggu lepas merekodkan empat universiti kita berada dalam kelompok 200 yang terbaik dunia, dan salah satu daripadanya disenaraikan dalam kelompok 100 terbaik, iaitu Universiti Malaya.
"Malah buat pertama kalinya, 24 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia telah tersenarai dalam penarafan ini. Ini sudah tentu meningkatkan lagi keyakinan orang luar terhadap kualiti pendidikan tinggi di negara kita," katanya.
Justeru, beliau menyeru entiti seperti EMGS supaya bergerak lebih aktif di dalam mempromosikan jenama pendidikan Malaysia, di peringkat antarabangsa.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Radzlan Jalaludin berkata pihaknya komited untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi pilihan di peringkat global.
Beliau berkata sejak penubuhannya pada 2012 hingga kini, EMGS telah bergerak secara agresif untuk menambah baik perkhidmatannya sebagai badan utama yang menguruskan pergerakan pelajar antarabangsa di Malaysia, termasuk memudahkan proses pengurusan visa.
"Pencapaian baru-baru ini terbukti dengan jumlah permohonan telah melepasi sasaran untuk tahun 2021 di mana sebanyak 40,000 permohonan telah diterima daripada pelajar antarabangsa bagi melanjutkan pengajian mereka di IPT di Malaysia.
"Ini sememangnya sebuah pencapaian yang hebat untuk EMGS dan EMGS akan terus menyokong aspirasi kerajaan untuk mencapai 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2025," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022

Noraini berkata, banyak faktor yang boleh dijadikan penarik untuk menggalakkan kemasukan lebih ramai pelajar asing ke negara ini, seperti kualiti pendidikan yang diiktiraf bertaraf dunia. - Gambar fail

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Azeem Fahmi juarai acara 100m di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Florida State Universiti Relays.

Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

12 lorong RFID ditambah di Lebuhraya Utara-Selatan
Penambahan 12 lorong RFID di Lebuhraya Utara-Selatan sudah selesai dan mula beroperasi sejak 11 Mac lepas. Lorong tambahan berkenaan adalah di di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

Peniaga ayam resah jualan kurang sambutan
Peniaga ayam di sekitar Melaka resah berikutan jualan mereka yang agak suram sejak hari pertama Ramadan.

Malaysia masih tunggu kelulusan tambahan 350 kouta haji tahun ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung pemohonan untuk mendapatkan tambahan 350 kouta haji bagi tahun ini.
![[INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023 [INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015571/25449825631679728281221_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023
Berikut adalah infografik berkenaan dengan Kos Haji, bayaran & bantuan kewangan Haji bagi tahun 2023. Sila klik untuk video penuh.

Pemilihan UMNO: Tewas kepada Noraini, Shahrizat terima dengan hati terbuka
Beliau berharap Noraini akan membawa Wanita UMNO ke satu tahap yang lebih cemerlang.

Noraini atasi Shahrizat, pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO
Datuk Noraini Ahmad mempertahan jawatan Ketua Wanita UMNO dalam saingan pemilihan sayap menewaskan pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Pemilihan UMNO: Persaingan sengit Shahrizat, Noraini
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Shahrizat kembali mendahului undian setakat jam 8 malam selepas Noraini mendahuluinya seketika.

Wanita UMNO tak boleh sekadar duduk dalam bayang-bayang lagi - Shahrizat
Keberadaan itu penting, dan Wanita UMNO tidak boleh memimpin secara senyap, bergerak seperti bayang-bayang sahaja.

Pemilihan UMNO: Mampukah Shahrizat saingi Noraini?
Buat masa ini, jawatan Ketua Wanita UMNO hanya melibatkan perebutan antara Shahrizat dan Noraini.

Shahrizat bertanding Ketua Wanita UMNO kerana rai demokrasi dalam parti
"Kita semua ahli UMNO, jadi tidak ada masalah dengan demokrasi, ada pertandingan kita cuba nasib."

Wanita UMNO nafi minta Noraini berundur
Ujar Rosni, kebanyakan negeri menyatakan sokongan mereka tanpa paksaan kepada Ahli Parlimen Sulong itu untuk terus menerajui Wanita UMNO.

Dakwaan 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian mahu Shahrizat kembali tidak benar - Rosni
Rosni berkata, beliau telah bersama empat ketua Wanita Umno, masing-masing dengan gaya kepimpinan masing-masing

147 Ketua Wanita Bahagian mahu Shahrizat kembali terajui Wanita UMNO
Penyandang jawatan tersebut yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad telah memaklumkan akan mempertahankan jawatannya.

Agenda pendidikan dalam PADU pastikan tiada kanak-kanak tercicir - Noraini
PADU juga ditubuhkan sebagai usaha membantu mengurangkan bebanan keluarga dan memastikan setiap kanak-kanak diberikan pendidikan asas.