awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terus tingkatkan hubungan pertahanan yang kukuh dengan Amerika, China - Hishammuddin

Bernama
Bernama
06/11/2015
00:01 MYT
Malaysia terus tingkatkan hubungan pertahanan yang kukuh dengan Amerika, China - Hishammuddin
Hishammuddin berkata kedua-dua mesyuarat dua hala itu juga turut membincangkan mengenai kepentingan operasi terutama berkaitan kepentingan pembangunan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua negara. - Gambar Fail
Malaysia telah mengesahkan meneruskan hubungan pertahanan yang kukuh dengan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat (Amerika) dan China.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata komitmen itu diberi ketika beliau menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya, Setiausaha Pertahanan Amerika Ashton Carter dan Menteri Pertahanan China yang juga Penasihat Negara, Chang Wangquan di luar acara Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM)-Campur, pada Khamis.
"Dalam mesyuarat dua hala dengan Setiausaha Pertahanan Carter, kami membincangkan pelbagai perkara berkaitan hubungan pertahanan dua hala antara Malaysia dan Amerika.
"Perbincangan dengan Jeneral Chang adalah mengenai isu-isu kepentingan strategik bagi kedua-dua negara serta isu semasa dan trend berbangkit dalam landskap keselamatan global," katanya dalam kenyataan, Khamis.
Beliau berkata kedua-dua mesyuarat dua hala itu juga turut membincangkan mengenai kepentingan operasi terutama berkaitan kepentingan pembangunan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua negara.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Ashton Carter
#Chang Wangquan
#Hishammuddin Hussein
#hubungan pertahanan yang kukuh
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan