awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terus wakili Asia di Majlis FAO sehingga 2028 - KPKM

Bernama
Bernama
04/07/2025
12:41 MYT
Malaysia terus wakili Asia di Majlis FAO sehingga 2028 - KPKM
KPKM memaklumkan, perkara itu diputuskan semasa Persidangan FAO ke-44 yang berlangsung di Rom, Itali.
PUTRAJAYA: Malaysia mengekalkan kerusi bagi mewakili rantau Asia dalam Majlis Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu secara perkongsian dengan Thailand bagi tempoh 2026 hingga 2028.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, perkara itu diputuskan semasa Persidangan FAO ke-44 yang berlangsung di Rom, Itali.
"Dalam hal ini, Malaysia telah bekerjasama erat dengan rakan-rakan dalam kalangan rantau Asia seperti Thailand, Indonesia, Sri Lanka, India, Pakistan dan negara lain dalam melaksanakan rundingan bagi mencapai persetujuan kolektif untuk mengisi tiga kerusi yang diperuntukkan kepada rantau Asia," menurut kenyataan itu.
Malaysia akan terus memegang kerusi berkenaan secara perkongsian dengan Thailand bagi sesi baharu yang bermula pada 1 Julai 2026 sehingga penghujung sesi ke-46 Persidangan FAO pada 2029.
Majlis FAO merupakan badan eksekutif utama yang memainkan peranan penting dalam mengarahkan kerja organisasi pada Persidangan FAO, yang diadakan setiap dua tahun.
Majlis tersebut bertanggungjawab meneliti dasar umum dan program kerja FAO, mengawasi pelaksanaannya serta membuat cadangan kepada Persidangan FAO mengenai perkara berkaitan belanjawan dan pentadbiran.
Keanggotaannya terdiri daripada wakil negara anggota yang dipilih oleh Persidangan FAO untuk tempoh tiga tahun, berdasarkan pengagihan mengikut rantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKM
#Malaysia
#FAO
#wakil asia
#Pertubuhan Makanan dan Pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan