KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengetuai delegasi Malaysia ke Australia bagi meneruskan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Azalina dalam kenyataan hari ini berkata lawatan kerja bermula Ahad hingga semalam itu disertai timbalannya M.Kulasegaran, Ahli Parlimen Selayang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, William Leong dan Ahli Parlimen Pendang yang mewakili blok pembangkang Datuk Awang Hashim.
Turut sama beberapa pegawai kanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM), Jabatan Peguam Negara (AGC) serta Presiden Majlis Peguam Malaysia.
Azalina berkata agenda kajian empirikal dimulakan dengan perbincangan meja bulat bersama pakar anjuran bersama oleh BHEUU, JPM, Monash University Australia dan Universiti Islam Antarabangsa.
"(Ia) bertujuan untuk memudah cara dialog berkaitan struktur dan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang diamalkan di Malaysia dan Australia.
"Sesi yang dikendalikan Prof Marilyn Pittard, Dekan Interim, Fakulti Undang-Undang di Monash University dan turut disertai lebih daripada 50 pakar terkemuka daripada kedua-dua negara sebagai ahli panel dan penceramah khas," katanya.
Azalina berkata antara yang terlibat adalah pakar Perlembagaan Malaysia Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz dan bekas Ketua Pendakwa Raya dan Pengarah Pendakwaan Awam Victoria, Paul Coghlan.
Hadir sama wakil pertubuhan masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Projek SAMA, CSO Platform for Reform dan All Party Parliamentary Group Malaysia on Integrity, Governance and Anti-Corruption.
Menurutnya ketika di Canberra, delegasi negara telah mengadakan perbincangan bersama Timbalan Pengarah Pendakwaan Awam Australia Mark de Crespigny serta pegawai dari Pejabat Pengarah Pendakwaan Awam negara itu.
"Kemuncak lawatan ini adalah pertemuan bersama Peguam Negara Australia Mark Dreyfus bagi sesi perbincangan dua hala berhubung sistem semasa yang diguna pakai di Australia serta memahami proses pendakwaan dan struktur Pejabat Pendakwaan Awam di Australia.
Selepas itu, katanya beliau juga berkesempatan bertemu Menteri Komunikasi Australia Michelle Rowland dan Timbalan Menteri Luar Negeri Australia Tim Watts di Bangunan Parlimen Australia dan mengadakan perbincangan dua hala dengan tertumpu kepada pelbagai perkara yang bermanfaat bagi kedua-dua negara.
"Selain itu, delegasi Malaysia turut berpeluang mengadakan beberapa sesi dialog Reformasi Institusi bersama pelajar dan profesional Malaysia yang berada di Melbourne dan Canberra," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
Azalina berkata antara yang terlibat adalah Datuk Dr Shamrahayu dan bekas Paul Coghlan. - Gambar FB Azalina Othman Said
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Malaysia teruskan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di Australia
Azalina Othman Said mengetuai delegasi Malaysia ke Australia bagi meneruskan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
358 tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak di P.Pinang tidak berdaftar
Sebanyak 246 tadika, 60 taska dan 52 pusat jagaan kanak-kanak di Pulau Pinang dikesan masih tidak berdaftar dengan pihak berkuasa yang sepatutnya.
Isu dibangkitkan warga KKM sedang diambil tindakan - Dr Zaliha
Dr Zaliha bertekad untuk mewujudkan ekosistem kerja yang lebih inklusif, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Akta Perumahan lapuk dorong lambakan projek terbengkalai
Kerajaan perlu meneliti semula Akta Perumahan yang masih lemah dan lapuk sehingga mendorong kepada berlakunya punca lambakan projek perumahan terbengkalai serta bermasalah.
Isu doktor pelatih, perjawatan tetap antara dibangkitkan semasa sesi dialog
Dr Zaliha turut memberi jaminan tiada doktor yang hadir ke sesi berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib.
Nasib penghantar makanan Foodpanda dibincang Kabinet hari ini - Syed Saddiq
Syed Saddiq menyifatkan keputusan dibuat syarikat penghantar makanan dalam talian tersebut sebagai terburu-buru.
RUU Profesion Kerja Sosial akan dibentang ke Kabinet -TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini, ia masih di peringkat semakan terakhir oleh Jabatan Peguam Negara.
Korea Utara lancar peluru berpandu selepas Presiden Korea Selatan setuju sesi dialog
Komander Kawalan Pasifik berkata mereka sedang menilai jenis peluru berpandu itu tetapi ia 'tidak sama dengan peluru berpandu balistik antara benua'.