awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Thailand perkukuh hubungan perdagangan dua hala

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2015
03:07 MYT
Malaysia, Thailand perkukuh hubungan perdagangan dua hala
MUSTAPA: Malaysia dan Thailand menyasar untuk meningkatkan lagi perdagangan dua hala kepada US$30 bilion menjelang 2018.
Malaysia dan Thailand menyasar untuk meningkatkan lagi perdagangan dua hala kepada US$30 bilion (RM113.4 bilion) menjelang 2018.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, satu kumpulan kerja akan ditubuhkan bagi meneliti isu-isu yang menjadi halangan perdagangan antara kedua-dua negara.
Kedua-dua negara yakin angka lebih tinggi boleh dicapai, walaupun perdagangan dua hala tahun lalu, susut 1.2 peratus kepada US$24.4 bilion (RM92.2 bilion) dengan eksport Malaysia bernilai US$12.3 (RM46.5 bilion) manakala import US$12.1 bilion (RM45.7 bilion).
Thailand merupakan rakan dagang Malaysia kelima terbesar dan Malaysia adalah rakan dagang keempat terbesar Thailand.
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk berusaha mengurangkan halangan perdagangan.
Mustapa berkata demikian pada sidang akhbar bersama Menteri Perdagangan Thailand Jeneral Chatchai Sarikulya selepas mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) kedua di Bangkok, pada Ahad.
Kali terakhir mesyuarat JTC antara Malaysia dan Thailand diadakan pada 2005, namun, kedua-dua negara memutuskan untuk tidak menunggu lama untuk mengadakan pertemuan berikutnya.
Mesyuarat JTC ketiga akan berlangsung di Kuala Lumpur tahun depan.
JTC meliputi bidang perdagangan dan pelaburan yang luas kecuali melibatkan sektor kewangan.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Mustapa Mohamed
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan