PUTRAJAYA: Malaysia dan Thailand bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas peringkat tertinggi bagi mempertingkatkan kerjasama dalam beberapa bidang tertentu, antara lain ialah pertanian, pelancongan, keselamatan, perdagangan dan perniagaan, serta industri halal.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah dicapai hasil mesyuarat dua hala beliau bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin di Kompleks Perdana Putra, di sini pada Rabu.
Anwar berkata, beliau dan Thavisin turut bersepakat untuk memberikan tempoh satu bulan kepada jawatankuasa khas tersebut, dan kedua-dua mereka akan meneliti laporan yang diberikan sebelum memutuskan untuk langkah yang seterusnya.
“Perdana Menteri Thavisin sangat memandang ke hadapan, dan saya berharap kita dapat meningkatkan lagi pelaburan dan perdagangan, dan kita saling menambah nilai antara satu sama lain sebagai jiran terdekat, dan kedua-duanya akan mendapat manfaat yang besar dari pengalaman masing-masing.
“Harapnya dalam tempoh sebulan akan datang, kami akan bertemu lagi selepas mendapat laporan jawatankuasa ini, kerana kami mempunyai banyak mesyuarat dua hala, seperti di Riyadh minggu depan, GCC ASEAN (ASEAN – Majlis Kerjasama Teluk), dan pada pertengahan Disember di ASEAN-Japan Commemorative Summit.
“Saya pasti berdasarkan rekod kerja, serta betapa seriusnya kami dalam meningkatkan hubungan yang pragmatik dan praktikal, kami berdua akan membandingkan nota dan memastikan agenda ini dilaksanakan dengan efektif,” katanya kepada media Malaysia dan Thailand, sempena sidang media bersama kedua-dua Perdana Menteri di sini hari ini.
Selain itu, Anwar turut membangkitkan hasrat Geely-Proton untuk menimba pengalaman dari industri automobil Thailand yang maju di rantau ini, dan beliau gembira mendengar keterbukaan Thavisin untuk menyokong hasrat tersebut.
Dalam pada itu Thavisin berkata, beliau menitikberatkan isu keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand, dan telah berbincang untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai zon dagangan, bagi meningkatkan ekonomi penduduk kedua-dua negara di situ.
Katanya lagi, beliau turut mengambil maklum hasrat Malaysia untuk meningkatkan kerjasama dalam industri keterjaminan makanan, termasuk sektor halal yang semakin mendapat tempat di pasaran global.
Selain itu Thavisin berkata, rakyat Malaysia merupakan pelancong terbanyak yang melawati negara itu, dan beliau berharap dengan tertubuhnya jawatankuasa khas tersebut, bilangan pelancong ke Thailand dan Malaysia akan meningkat dengan lebih mendadak.
Terdahulu Astro AWANI melaporkan, Thavisin, yang baru mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 September lepas, tiba di sini pada Rabu bagi memulakan lawatan kerja dua harinya.
Sebelum bertemu dengan Anwar, Thavisin telah diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Pada 2022, Thailand merupakan rakan dagangan ketujuh terbesar Malaysia di dunia, dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah perdagangan berjumlah RM122.03 bilion (AS$27.75 bilion), meningkat 17.9 peratus berbanding RM97.55 bilion (AS$23.54 bilion) pada 2021.
Firdaus Azil
Wed Oct 11 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Srettha Thavisin pada sidang media bersama di Perdana Putra hari ini sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Thailand itu ke Malaysia. - Foto Bernama
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Malaysia, Thailand tubuh jawatankuasa khas tingkatkan kerjasama dua hala
Malaysia dan Thailand bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas peringkat tertinggi bagi mempertingkatkan kerjasama dalam beberapa bidang tertentu.