awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tiada hasrat mohon ekstradisi Alvin Tan, Ali Abdul Jalil

Bernama
Bernama
09/12/2014
23:48 MYT
Malaysia tiada hasrat mohon ekstradisi Alvin Tan, Ali Abdul Jalil
Ahmad Zahid berkata kerajaan 'tidak begitu kejam' untuk melucutkan kerakyatan Alvin (kiri) dan Ali.
Kerajaan tidak berhasrat membuat permohonan ekstradisi blogger kontroversi Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil ke Malaysia bagi menghadapi tindakan undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kita tiada cadangan atau usaha melakukan extradisi setakat ini walaupun ada perjanjian extradisi dengan negara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Penolong Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Alan Bersin, di pejabatnya di sini, Selasa.
Ahmad Zahid bagaimanapun yakin Alvin dan Ali yang kini berada di luar negara untuk mendapatkan perlindungan politik akan pulang ke tanah air suatu hari nanti.
"Sejauh-jauh bangau terbang, akan balik ke belakang kerbau," katanya.
Apabila ditanya sama ada kerajaan akan menggugurkan kerakyatan Alvin dan Ali, Ahmad Zahid berkata kerajaan Malaysia tidak sekejam itu.
"Mereka adalah anak kelahiran Malaysia. Tiada pasport sudah cukup menyeksa," katanya.
Pada Isnin, Jabatan Imigresen Malaysia mengumumkan bahawa pasport Malaysia Antarabangsa Alvin dan Ali ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa di Malaysia atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
Ali pula melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik. Ali berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melaluilaman Facebooknya.
Topic Berkaitan
#Ali Abdul Jalil
#Alvin Tan
#Kerakyatan
#kewarganegaraan
#pasport
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan