awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak bakar bot nelayan asing ceroboh perairan negara

Bernama
Bernama
11/03/2015
08:58 MYT
Malaysia tidak bakar bot nelayan asing ceroboh perairan negara
SHAHIDAN : Malaysia mempunyai Akta Perikatan 1985 selain perlu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.- Gambar fail
Malaysia tidak mengikut tindakan negara jiran dalam menangani masalah pencerobohan dengan membakar bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Beliau berkata, ini kerana Malaysia mempunyai Akta Perikatan 1985 selain perlu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
"Tidak ada bot-bot nelayan asing yang dibakar atau ditenggelamkan sebelum tindakan mahkamah diambil," katanya dalam jawapan bertulis kepada Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) mengenai statistik rampasan kapal dan tangkapan nelayan asing dalam tempoh lima tahun, di Dewan Rakyat, hari ini.
Shahidan berkata dalam tempoh 2009 hingga 2015, sebanyak 532 kes penahanan bot nelayan asing ditahan dan daripada jumlah itu 305 kes disabitkan kesalahan manakala 30 kes masih dalam siasatan.
"Sejumlah 197 bot dari nelayan asing yang telah dijatuhkan hukuman dan dilucut hak, telah dijadikan tukun tiruan dengan kerjasama Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan," katanya.
Beliau berkata sejumlah 4,254 awak-awak didakwa mengikut Akta Perikanan 1985 yang membawa hukuman 12 bulan penjara bagi tekong bot dan enam bulan penjara bagi awak-awak.
Katanya, tindakan itu memberi impak besar terhadap pendaratan ikan di perairan negara secara keseluruhannya yang telah meningkat sekali ganda berbanding 10 tahun lepas, iaitu daripada RM4.2 bilion kepada RM8.7 bilion.
Topic Berkaitan
#Akta Perikatan 1985
#Ng Wei Aik
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan