awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak bercadang adakan sekatan terhadap Rusia - Menteri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/03/2022
06:33 MYT
Malaysia tidak bercadang adakan sekatan terhadap Rusia - Menteri
Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia tidak mempercayai sekatan sebelah pihak atau sekatan unilateral seperti yang dilaksanakan oleh beberapa negara. - Gambar Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan sekatan terhadap Rusia susulan perang yang tercetus antara negara itu dengan Ukraine, pada ketika ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia tidak mempercayai sekatan sebelah pihak atau sekatan unilateral seperti yang dilaksanakan oleh beberapa negara.
Sebaliknya, kata beliau, ia harus dilakukan secara berhati-hati dan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Prinisp kita adalah kita tak percaya kepada sekatan unilateral. Sekatan seharusnya melalui PBB sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB, kita mencadangkan bahawa meminta rundingan diteruskan.
"Sekiranya perlu sekatan boleh dilaksanakan, tapi kita belum sampai ke tahap tersebut. Namun kita perlu berhati-hati dengan sekatan ini, ada waktunya sekatan dikenakan sekiranya tidak bersasar, yang kena adalah rakyat yang tidak berdosa.
"Jadi kita arus berhati-hati dalam soal sekatan walaupun ia adalah senjata ampuh yang boleh digunakan," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wong Chen (PH-Subang) sama ada kerajaan akan mengenakan sekatan sekiranya perkara itu berterusan.
Dalam pada itu sebagai menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai pendirian Malaysia terdapat isu Rusia-Ukraine, Saifuddin menjelaskan, Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua negara itu.
"Jadi kita tidak mahu menunjukan bahawa kita seolah-olah terlibat secara langsung dalam rundingan damai itu.
"Kita menyokong rundingan damai dan ada beberapa sahabat negara yang aktif terlibat dalam rundingan itu dan kita menyampaikan sokongan kepada mereka," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#PBB
#Saifuddin Abdullah
#konflik Rusia-Ukraine
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan