awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin

Bernama
Bernama
16/11/2024
09:22 MYT
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata kad pengenalan adalah simbol kewarganegaraan, dan sebarang kes yang disyaki dua kewarganegaraan mesti disahkan melalui pangkalan data JPN. - Gambar fail
PASIR MAS: Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kad pengenalan adalah simbol kewarganegaraan, dan sebarang kes yang disyaki dua kewarganegaraan mesti disahkan melalui pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Beliau berkata selain polis, JPN mempunyai kuasa untuk mengesahkan status kewarganegaraan individu terlibat jenayah di Malaysia, manakala bagi kes di Thailand, kementerian secara rasmi meminta senarai nama daripada pihak berkuasa Thailand.
"Malaysia dan Thailand telah ada jawatankuasa berkaitan sempadan negara dan mana-mana individu yang terlibat dengan jenayah kita berkongsi maklumat.
"Jawatankuasa ini boleh menyerahkan senarai nama yang dikehendaki jika individu berkenaan buat jenayah di kedua-dua negara," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Santuni MADANI Komisioner Jeneral Penjara di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga, di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata sebarang senarai yang disediakan oleh Thailand akan disemak di dalam pangkalan data JPN untuk mengesahkan status individu berkenaan.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#penjenayah rentas sempadan
#dua kerakyatan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan