Pelari pecut, Khairul Hafiz Jantan mencetuskan keterujaan luar biasa rakyat Malaysia selepas muncul manusia terpantas Asia Tenggara malam tadi, satu pencapaian gemilang untuk jangka masa yang panjang ketika kontinjen negara terus mengungguli saingan pungutan pingat pada temasya Sukan SEA ke-29.
Jutaan Malaysia terpaku di hadapan televisyen selain ribuan penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika Khairul digelar Speedy Jantan, 19, menghadiahkan pingat emas acara final riben biru Sukan SEA dengan masa 10.38s kepada negara, iaitu jumlah keseluruhan 16 emas yang dituai Malaysia pada Selasa.
Kontinjen tuan rumah memperkukuhkan kedudukan carta pungutan pingat emas dengan 40 setakat ini dengan pesaing terdekat, Singapura memperoleh tiga dalam acara renang untuk catatan 20 emas diikuti Vietnam (16 emas), Indonesia (12), Filipina (lapan) dan empat oleh Myanmar.
Gimnastik dan karate turut mencuri perhatian dengan masing-masing menyumbang tiga emas dan wushu dua lagi serta daripada acara berbasikal ujian masa lelaki, acara dressage berpasukan (ekuestrian), menembak wanita, petanque wanita, perahu layar optimist campuran dan boling acara beregu campuran.
Turut membawa kejutan ialah dua pingat emas dihadiahkan skuad gimnastik artistik lelaki apabila Jeremiah Loo dan pendatang baharu, Tan Fu Jie menamatkan kemarau pingat selama 12 tahun menerusi acara kekuda berpelana. Skuad karate membuka kempena dengan Celine Lee Xin Yi dan Lim Chee Wei mengatasi lawan dari Indonesia dalam acara kata wanita dan lelaki disusuli S. Senthil Kumaran dalam kategori bawah 60kg apabila menundukkan wakil Filipina, Jayson Ramli Macaalay 5-3.
Wushu, yang melabuhkan tirai semalam, peserta veteran Loh Jack Chang muncul sebagai atlet kedua selepas Yeap Wai Kin menggondol emas berganda untuk mempertahankan acara Taijiquan selepas gelaran Taijijian, tiga hari lepas.
Penembak negara, Alia Sazana Azahari terkejut dan gembira dengan kehadiran ibunya, Sydah Salleh dan adik-beradiknya dari Terengganu sebelum berjaya dalam mempertahankan pingat emas kategori pistol 25m wanita apabila mengumpul 31 mata di Lapang Sasar Menembak Subang.
"Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah SWT yang merahmati saya pada hari ini dengan cuaca baik dan keduanya kepada ibu, adik-beradik saya dan penyokong dari Terengganu serta rakan sepasukan Joseline Cheah dan Bibiana Ng yang banyak membantu saya semasa latihan.
Di venue sama, Vietnam menerima kejutan apabila bintang Olimpik, Hoang Xuan Vinh tersingkir dalam usaha mempertahankan acara 50m free pistol yang dimenangi penembak Thailand, Natphanlert Auapinyakul dan perak disandang penembak negara, Jonathan Wong,
Dalam acara petanque, Muhammad Hafizuddin Mat Daud berjaya mempertahankan pingat emas acara singles lelaki dengan mengalahkan Kiatkong Tanong dari Thailand 13-7 pada final.
Pemain muda dan juara acara perseorangan boling lelaki, Muhammad Rafiq Ismail meraih emas keduanya apabila berganding dengan Sin Li Jane untuk merangkul emas acara beregu campuran.
Di Langkawi, Malaysia sekali muncul juara dalam acara optimist campuran dengan mengetepikan Thailand 2-1 tetapi gagal mempertahankan acara laser standard dan laser radial, masing-masing dikuasai oleh pelayar Singapura dan Thailand.
Pada Rabu, Malaysia dijanjikan emas dalam acara skuasy beregu wanita apabila Andrea Lee Jia Qi dan Rachel Arnold menentang rakan sepasukan Chan Yiwen dan Nazihah Haris dalam final.
Acara beregu lelaki pula akan menjadi pertarungan antara Syafiq Mohd Kamal dan Ng Eain Yow dengan wakil Singapura, Pang Ka Hoe dan Timothy Leong Yew Sing .
Pemain badminton negara telah menempah slot separuh akhir acara individu lelaki dan wanita,
Pasukan memanah negara menutup tirai kejohanan dengan mengutip pingat perak dalam acara recurve pasukan campuran menerusi pasangan Khairul Anuar Mohamad dan Nur Aliya Ghapar.
Secara keseluruhan, skuad memanah mengakhiri kempen KL 2017 dengan menyumbang lima emas, tiga perak dan dua gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2017
Pada Rabu, Malaysia dijanjikan emas dalam acara skuasy beregu wanita apabila Andrea Lee Jia Qi dan Rachel Arnold menentang rakan sepasukan Chan Yiwen dan Nazihah Haris dalam final.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
MBSB Bank lancar PrimeGold-I, platform pelaburan emas digital mampu milik dan selamat
MBSB Bank Bhd melancarkan PrimeGold-I, platform pelaburan emas digital yang menjadikan pemilikan emas mudah diakses, mampu milik dan selamat kepada pelanggannya.
Pesara guru rugi lebih setengah juta ditipu syarikat pelaburan emas
Seorang pesara guru berputih mata selepas wang simpanan peribadi dan pencen sebanyak RM570,000 lesap ditipu syarikat pelaburan jual beli emas.
Para SUKMA 2024: Emas terakhir milik Mohd Firdaus
Pemain boling padang Pulau Pinang Mohd Firdaus Ab Rahman menyambar pingat emas terakhir Para SUKMA 2024 selepas memenangi acara perseorangan lelaki B8.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
SUKMA 2024: Skuad ping pong Wilayah Persekutuan menang emas beregu wanita dan lelaki
Skuad ping pong Wilayah Persekutuan menambah koleksi emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 apabila mengungguli kategori beregu lelaki dan wanita, hari ini.
SUKMA 2024: Negeri Sembilan raih emas tenpin boling selepas 14 tahun
Skuad lelaki Negeri Sembilan melangkah ke podium dengan bergaya apabila menamatkan penantian 14 tahun pingat emas tenpin boling Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini.
SUKMA 2024: Joey Tan pertahan emas recurve wanita
Atlet memanah Sarawak Joey Tan Xing Lei berjaya mempertahankan pingat emas acara 70-meter recurve individu wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
MPM sedia jadi pengubat duka rakyat Malaysia di Paris - Megat D. Shahriman
Megat D. Shahriman optimis kontinjen negara mampu mencapai sasaran misi empat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Olimpik Paris 2024: Tuan rumah raih emas pertama menerusi ragbi 7 sebelah
Tuan rumah Perancis meraih emas pertama mereka pada Sukan Olimpik Paris selepas menang 28-7 menentang Fiji.
AUG 2024: Emas hadiah hari jadi Afiq Danish
Atlet judo lelaki negara Afiq Danish Zapri berjaya menyambar pingat emas kategori bawah 90kg di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 hari ini.