awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tuan rumah bengkel antarabangsa deradikalisasi 2016

Bernama
Bernama
19/09/2015
07:28 MYT
Malaysia tuan rumah bengkel antarabangsa deradikalisasi 2016
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bersama Menteri Tenaga Kerja Indonesia Hanif Dhakiri (kiri) menuju ke bilik mesyuarat di hotel Ritz Carlton Pacific hari ini. - Foto Bernama
Malaysia dan Indonesia akan bekerjasama dalam program deradikalisasi dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia akan menjadi tuan rumah bengkel antarabangsa deradikalisasi pada 2016.
Bengkel itu dijangka diadakan pada Januari dan akan menyediakan prosedur operasi standard untuk menangani radikalisasi atau kegiatan radikal, menurut kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
"Selain Indonesia, negara-negara lain yang akan dijemput adalah seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan bersempena lawatan rasmi empat hari Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Indonesia bermula semalam.
Menurut kenyataan itu, Malaysia dan Indonesia turut membincangkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dan pertukaran maklumat risikan mengenai isu antikeganasan.
"Perbincangan dua hala Malaysia dan Indonesia juga bersetuju menjalin kerjasama serantau dalam mengawal masalah jerebu," menurutnya.
Menurut kenyataan itu, pihak Indonesia bersetuju untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan jerebu manakala Malaysia akan memantau syarikat berkaitan kerajaan milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia bagi memastikan mereka tidak menyumbang kepada jerebu.
Kegiatan membersihkan hutan dengan cara pembakaran di Indonesia pada setiap tahun telah menyebabkan jerebu yang turut menjejaskan negara-negara di rantau ini, terutamanya Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Kenyataan itu turut menyentuh mengenai isu pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia di Malaysia dan menyatakan Malaysia telah menganjurkan program pemutihan untuk PATI Indonesia terutamanya yang telah mempunyai pekerjaan dan majikan tetap.
"Kerjasama kedua-dua negara akan diteruskan mengenai isu PATI ini," menurut kenyataan itu sambil menyatakan langkah itu dipandang serius oleh kedua-dua pihak bagi mengelakkan berulangnya insiden seperti kejadian bot karam PATI Indonesia baru-baru ini.
Menurut kenyataan itu, isu persempadanan kedua-dua negara turut dibincangkan selain isu ekonomi dunia dan dagangan dua hala.
"Timbalan Perdana Menteri juga dijangka berjumpa dengan Hanif M. Dhakiri, Menteri Ketenagakerjaan dan Transmigrasi dan Jahyo Kumolo, Menteri Dalam Negeri Indonesia," menurutnya.
Menurut kenyataan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri juga dijadual menghadiri majlis perjumpaan dengan warga Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Beliau juga dijadual bertemu dengan Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Luhut Binsar Pandjaitan dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yusuf Kalla, yang merupakan wakil kepada Presiden Republik Indonesia.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#deradikalisasi
#Indonesia
#jerebu
#keganasan
#Malaysia
#pati
#pengganas
#radikal
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan