Malaysia tunggu lampu hijau PBB untuk hantar pasukan pengaman ke Gaza

ADLY ZAHARI: Kita memang sentiasa bersedia menghantar pasukan pengaman bagi tugasan antarabangsa malah menyediakan satu batalion bagi misi sedemikian. -Gambar fail/Bernama
MELAKA: Malaysia hanya menunggu lampu hijau daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza, Palestin bagi misi keamanan, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.
Ringkasan AI
- Malaysia menunggu kelulusan PBB untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza, Palestin, bagi misi keamanan.
- Mandat rasmi dari PBB diperlukan sebelum keputusan menghantar pasukan boleh dilaksanakan.
- Kerajaan mengekalkan komitmen antarabangsa dengan 150 anggota Malbatt kini bertugas di Lubnan dan dijangka tamat pada 2026.
"Untuk menghantar pasukan kita ke Gaza, kita juga perlu mengambil kira persetujuan penduduk Palestin selaras dengan pendirian Malaysia yang menekankan penyelesaian komprehensif memandangkan keamanan di Palestin memerlukan pendekatan menyeluruh," katanya.
Adly berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pertanyaan-pertanyaan lisan pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Seri Negeri hari ini.
Beliau berkata kerajaan sentiasa mengekalkan komitmen antarabangsa, dengan 150 anggota pengaman Malaysia Batalion (Malbatt) 850-12 kini bertugas di Lubnan dan dijangka berakhir pada akhir 2026.
"Pasukan kita sentiasa bersedia untuk digerakkan ke mana-mana lokasi yang memerlukan misi keamanan antarabangsa," katanya.
Sebelum ini, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata Angkatan Tentera Malaysia masih menunggu arahan rasmi daripada PBB berhubung misi pengaman ke Gaza.
Mohd Nizam berkata pihaknya telah berada pada tahap kesiapsiagaan untuk diaturgerakkan ke sana bagi melaksanakan misi itu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah status terkini penghantaran pasukan pengaman Malaysia ke Gaza, Palestin? A: Malaysia hanya menunggu lampu hijau daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza, Palestin bagi misi keamanan.
- Q: Berapakah jumlah anggota pengaman Malaysia Batalion (Malbatt) 850-12 yang bertugas di Lubnan? A: Terdapat 150 anggota pengaman Malaysia Batalion (Malbatt) 850-12 yang kini bertugas di Lubnan dan dijangka berakhir pada akhir 2026.
- Q: Adakah persetujuan penduduk Palestin diperlukan sebelum Malaysia menghantar pasukan pengaman ke Gaza? A: Ya, Malaysia perlu mengambil kira persetujuan penduduk Palestin selaras dengan pendirian negara yang menekankan penyelesaian komprehensif sebelum menghantar pasukan pengaman ke Gaza.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

