MALAYSIA
Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi kuota tambahan haji 2026
Dr Zulkifli ketika ditemui media selepas majlis konvensyen jenayah syariah dalam kalangan belia di Universiti Sains Islam Malaysia hari ini. - Gambar Bernama
NILAI: Malaysia masih menunggu maklum balas Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota haji bagi tahun hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Ringkasan AI
Beliau berkata keputusan penambahan kuota itu adalah kuasa mutlak kerajaan Arab Saudi dan berharap permohonan berkenaan diluluskan.
"Setakat ini, belum (ada maklum balas) dan jangkaan pun kita tak pasti (tempoh terima kelulusan), kita doakan dapat, apa yang kita boleh jamin setiap kuota yang akan diberikan itu kita penuhi 100 peratus termasuk kuota tambahan sekiranya diberikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Jenayah Syariah Dalam Kalangan Belia anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Zulkifli sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan menjangkakan bilangan jemaah haji negara akan bertambah pada masa hadapan berbanding kuota 31,600 diberikan Arab Saudi ketika ini, dan Malaysia juga sudah memohon kuota tambahan berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata pengurangan penangguhan tawaran diterima bakal jemaah haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi musim haji 2026 kepada 18 peratus disebabkan pelbagai inisiatif dilakukan TH termasuk pemakluman lebih awal.
Beliau berkata ia membolehkan pendeposit memastikan jumlah simpanan mencukupi serta memberikan penekanan terhadap penjagaan kesihatan, selain menyediakan bimbingan berkaitan persiapan haji serta membuat kemas kini berkala kepada mereka.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Hasan, menunggu maklum balas Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota haji bagi tahun hadapan, dengan harapan setiap kuota yang diberikan dapat dipenuhi 100 peratus.
- Jangkaan penambahan bilangan jemaah haji negara akan bertambah di masa hadapan, berbanding kuota 31,600 sekarang; Malaysia telah memohon kuota tambahan daripada Arab Saudi.
- Pengurangan penangguhan tawaran diterima bakal jemaah haji oleh Lembaga Tabung Haji kepada 18 peratus bagi musim haji 2026 kerana inisiatif seperti pemakluman lebih awal, penekanan kesihatan, bimbingan persiapan haji, dan kemas kini berkala telah dilaksanakan.