MALAYSIA
Malaysia ucap takziah tragedi pesawat terhempas di sekolah di Bangladesh - PM Anwar
Pada Isnin, sebuah pesawat F-7 BGI yang mengalami masalah teknikal sejurus berlepas, terhempas di bangunan Milestone School and College di kawasan Uttara Diabari, Dhaka. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah susulan insiden jet pejuang tentera Bangladesh terhempas ke sebuah sekolah di Dhaka, semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 31 nyawa.
Ringkasan AI
"Hati saya luluh apabila mendapat tahu mengenai nahas jet pejuang yang terhempas di sebuah sekolah di Dhaka. Ramai yang terkorban, kebanyakannya kanak-kanak. Lebih 100 lagi cedera," kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anwar turut merakamkan penghormatan kepada Maherin Chowdhury, seorang guru yang meninggal dunia selepas bertindak berani menyelamatkan lebih 20 pelajar dari bangunan yang terbakar.
"Keberanian luar biasa beliau tidak akan dilupakan," kata Anwar.
Perdana Menteri berkata beliau akan menulis surat kepada pemimpin sementara Bangladesh dan pemenang Hadiah Nobel Prof Muhammad Yunus, bagi menyatakan solidariti Malaysia terhadap rakyat Bangladesh.
"Kami sentiasa ada bersama anda dalam saat duka ini. Kami turut bersedih atas setiap nyawa yang terkorban dan keluarga yang terkesan," kata beliau.
Pada Isnin, sebuah pesawat F-7 BGI yang mengalami masalah teknikal sejurus berlepas, terhempas di bangunan Milestone School and College di kawasan Uttara Diabari, Dhaka, sekitar 1.15 tengah hari.
Sekurang-kurangnya 31 nyawa terkorban akibat nahas itu, termasuk juruterbang Lt Towkir Islam manakala 165 lagi cedera.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Insiden tragik melibatkan pesawat F-7 BGI tentera Bangladesh terhempas ke sekolah, mengorbankan sekurang-kurangnya 31 nyawa termasuk ramai kanak-kanak dan juruterbang Lt Towkir Islam.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim meluahkan dukacita serta mengumumkan akan menulis surat kepada pemimpin Bangladesh dan Prof Muhammad Yunus sebagai tanda sokongan Malaysia.
- Anwar turut mengiktiraf keberanian guru Maherin Chowdhury yang terkorban selepas menyelamatkan lebih 20 pelajar, menyifatkan tindakannya sebagai keberanian luar biasa.