KUALA LUMPUR: Malaysia dan United Kingdom (UK) bersetuju untuk memberi tumpuan kepada teknologi baharu muncul termasuk ekonomi digital dan keselamatan siber semasa pertemuan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Teknologi dan Ekonomi Digital UK Damian Collins pada Rabu.
Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Ma. Sivanesan berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat dua hala antara kedua-dua menteri hari ini, yang diadakan di luar Persidangan Plenipotentiary Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2022 (ITU PP22) di Bucharest, Romania yang berlangsung dari 26 September hingga 14 Oktober.
Annuar ialah ketua delegasi Malaysia ke ITU PP2.
"Mesyuarat itu juga memberi tumpuan kepada pelaburan dalam industri teknologi digital kedua-dua negara," katanya kepada Bernama, pada Rabu.
Sementara itu, Sivanesan berkata Malaysia dan Somalia bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam bidang keselamatan siber, dengan Cyber Security Malaysia (CSM) menyediakan latihan dan kepakaran berkaitan.
Beliau berkata ia antara persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat dua hala Annuar dengan Menteri Komunikasi dan Teknologi, Somalia, Jama Hassan Khalif.
Dalam mesyuarat tersebut, Sivanesan berkata Somalia telah berkongsi mengenai situasi semasa ekonomi dan pembangunan selain menjemput Malaysia untuk meninjau peluang pelaburan termasuk dalam sektor minyak dan gas.
"Malaysia pula telah berkongsi maklumat berhubung kedudukan semasa kesalinghubungan infrastruktur termasuk perancangan untuk mencapai 100 peratus liputan internet menjelang 2025 dan inisiatif bagi melengkapkan rakyat Malaysia dengan keupayaan digital melalui pelbagai inisiatif di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
"Ini termasuk perkongsian mengenai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) bagi memastikan peluang kepada masyarakat yang tiada akses kepada kemudahan internet dan peranti serta terlibat sama dalam ekonomi digital," katanya.
Mesyuarat dua hala bersama Jama Hassan adalah antara empat pertemuan Annuar yang mengetuai delegasi ITU PP22, bersama rakan sejawatan dari UK, China dan Solomon Islands pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Annuar ialah ketua delegasi Malaysia ke ITU PP2. -Bernama
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
Lebih ramai bakat teknikal yang faham teknologi diperlukan - Chang
Ia berikutan perkembangan pesat teknologi baharu seperti tenaga baharu dan kecerdasan buatan di peringkat global.
MCMC teliti tiga teknologi baharu tambah baik perkhidmatan internet - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata teknologi baharu muncul itu antaranya dikenali sebagai 'direct to device' atau terus ke peranti.
SC lancar inisiatif perluas ekosistem inovasi digital
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan melancarkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan libat urus dengan industri dan ekosistem inovasi digital yang lebih luas.
Jangkauan pasaran industri pembrokeran harus berubah dalam persekitaran teknologi disruptif
Industri pembrokeran saham perlu bersaing dan mengubah cara ia menjangkau pasaran dalam persekitaran teknologi disruptif.
Penanam padi berteknologi baharu mampu jana pendapatan T20 - Abang Johari
Teknologi yang dibangunkan UPM untuk projek penanaman itu mampu meningkatkan pendapatan petani hingga mencecah RM6,400 sebulan.
Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia - PM Anwar
Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga.
Sabah perlu bangunkan sumber tenaga tambahan untuk tampung permintaan tinggi industri
Sabah perlu membangunkan sumber tenaga tambahan bagi menampung permintaan industri yang memerlukan bekalan tenaga elektrik tinggi untuk beroperasi.
Malaysia giat galak pelaburan dalam teknologi baharu - Teo
Malaysia giat menggalakkan pelaburan dalam teknologi baharu seperti teknologi kewangan, e-dagang dan kesihatan digital, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
WEF senarai 10 teknologi baharu paling berpotensi
Impak teknologi yang berbeza akan merangsang analisis dan perdebatan lebih lanjut tentang bagaimana ia boleh membentuk masa depan.
Malaysia berhasrat teroka teknologi generasi baharu dengan AS
Bercakap mengenai rancangan Malaysia berkaitan ekonomi digital, Mohammad menggalakkan lebih banyak kerjasama antara kedua-dua negara.