MALAYSIA
Malaysia ulangi gesaan PBB agar Myanmar selesaikan krisis di Rakhine
Pelarian Rohingya berehat selepas berjalan merentasi sempadan Bangladesh-Myanmar di Teknaf, Bangladesh, 1 September, 2017. REUTERS / Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia mengulangi gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres supaya pasukan keselamatan Myanmar mencari pendekatan holistik dalam menangani krisis di negeri Rakhine.
"Kami menggesa supaya semua pihak bertenang dan bersabar. Situasi dahsyat yang membelenggu saudara kita daripada etnik Rohingya perlu diredakan demi kebaikan Myanmar dan rantau ini," katanya menerusi akaun Twitter.
Laporan itu menyebut Myanmar melakukan kekerasan itu berikutan serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar minggu lepas oleh Rohingya, sebuah etnik minoriti Muslim yang tinggal di pantai barat negara Buddha itu.
-- BERNAMA
#Antonio Guterres
#keselamatan
#Myanmar
#Najib Razak
#PBB
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Rakhine
#Rohingya
#Twitter