MALAYSIA
Malaysia usul tiga keutamaan, perkukuh komitmen keselamatan digital kanak-kanak- Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (tengah) menghadiri Majlis Pembukaan Forum ICT ASEAN 2025 mengenai Perlindungan kanak-kanak dalam talian dan peluncuran pelan tindakan dasar kanak-kanak negara, di Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Hampir 70 peratus ibu bapa di ASEAN masih tidak menyedari sepenuhnya pelbagai risiko digital dihadapi anak-anak mereka, sekali gus mengingatkan bahawa cabaran perlindungan kanak-kanak bukan sahaja bersifat antarabangsa dan rentas sempadan, malah wujud dalam rumah, sekolah dan komuniti.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi melindungi kanak-kanak di era digital baharu ini, ASEAN perlu memperkukuh asas sedia ada dengan kerjasama praktikal yang berimpak tinggi.
Sehubungan itu, Malaysia hari ini, jelas beliau, mengusulkan tiga keutamaan serantau bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di alam maya.
“Keutamaan pertama ialah penubuhan ASEAN Child-Protection Information Exchange Network (Rangkaian Pertukaran Maklumat Perlindungan Kanak-Kanak), iaitu mekanisme komunikasi rentas sempadan bagi amaran pantas, perkongsian data dan tindak balas terkoordinasi terhadap ancaman dalam talian yang melibatkan kanak-kanak,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap di Majlis Pembukaan Forum ICT ASEAN 2025 mengenai Perlindungan kanak-kanak dalam talian dan peluncuran pelan tindakan dasar kanak-kanak negara, di sini.
Mengulas lanjut, keutamaan kedua yang digariskan Timbalan Perdana Menteri ialah pelaksanaan Shared Digital Forensics Protocol (Protokol Forensik Digital Bersama) untuk mempercepatkan siasatan serta menyeragamkan pertukaran bukti, sekali gus memastikan pemangsa tidak dapat bersembunyi di sebalik jurang bidang kuasa.
“Manakala yang ketiga pula ialah pembangunan ASEAN Digital Guardianship Curriculum (Kurikulum Pemeliharaan Digital), modul bersama untuk sekolah bagi membina daya tahan digital, etika serta kemahiran keselamatan dalam talian sejak usia awal,” katanya.
Menurut Ahmad Zahid lagi, langkah ini boleh dilaksanakan segera, ditambah baik dari semasa ke semasa dan dikembangkan secara kolektif bagi menjadikan ASEAN salah satu rantau digital paling selamat untuk kanak-kanak.
Dasar Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan (2026-2030) sempena Majlis Perasmian ASEAN ICT Forum on Child Online Protection 2025 menghimpunkan 294 peserta dari negara-negara ASEAN, agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil, pemain industri teknologi dan rakan strategik antarabangsa termasuk UNICEF, Sekretariat ASEAN dan Kerajaan Australia di Kuala Lumpur.
Dasar ini merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai komitmen negara untuk memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia menikmati hak yang setara dalam aspek perlindungan, perkembangan, kelangsungan hidup dan penyertaan yang bermakna selaras dengan prinsip Convention on the Rights of the Child (CRC).