awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup dua hari sempena acara kayuhan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia wajar pertimbang konsep gaji hidup tangani peningkatan kos sara hidup

Bernama
Bernama
27/12/2025
13:00 MYT
Malaysia wajar pertimbang konsep gaji hidup tangani peningkatan kos sara hidup
Pendekatan gaji minimum nasional dilihat semakin kurang relevan dalam menangani realiti kos sara hidup yang berbeza mengikut lokasi, terutama antara bandar besar dan kawasan luar bandar. - Gambar hiasan/Bernama
SHAH ALAM: Malaysia wajar mempertimbangkan konsep living wage atau gaji hidup dalam menangani peningkatan kos sara hidup bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif.

Ringkasan AI
  • Malaysia perlu mempertimbangkan konsep gaji hidup sebagai alternatif gaji minimum nasional untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif.
  • Kos sara hidup tinggi di kawasan seperti Selangor, Putrajaya, dan Pulau Pinang mencerminkan ketidakseimbangan struktur pembangunan serta jurang pendapatan dan perbelanjaan isi rumah.
  • Perbezaan kos sara hidup antara bandar besar dan luar bandar menyebabkan ramai individu berhijrah ke bandar untuk mencari pendapatan lebih tinggi, walaupun realitinya mereka terperangkap dengan kos sara hidup yang tinggi dan terpaksa bekerja berganda-ganda.

Koordinator Pusat Keusahawanan Mahasiswa Akademi Pembangunan Perusahaan Kecil Sederhana dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Mohamad Idham Md Razak berkata pendekatan itu lebih realistik untuk memastikan pekerja mampu hidup dengan gaji bermaruah, di samping membantu mengurangkan tekanan kewangan dan meningkatkan produktiviti.
"Pendekatan gaji minimum nasional dilihat semakin kurang relevan dalam menangani realiti kos sara hidup yang berbeza mengikut lokasi, terutama antara bandar besar dan kawasan luar bandar.
"Walaupun kos yang tinggi boleh menunjukkan kerancakan aktiviti ekonomi, permintaan yang kuat dan taraf perkhidmatan lebih baik, masalah timbul apabila kenaikan kos itu tidak disertai dengan pertumbuhan gaji yang setimpal. Dalam keadaan ini, kos sara hidup yang tinggi lebih mencerminkan ketidakseimbangan antara produktiviti," katanya ketika dihubungi oleh Bernama.
Sementara itu, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata kos sara hidup yang tinggi di Selangor dan beberapa kawasan bandar seperti Putrajaya atau Pulau Pinang bukan sekadar mencerminkan aktiviti ekonomi yang rancak, sebaliknya menonjolkan ketidakseimbangan struktur pembangunan serta jurang antara pendapatan dan perbelanjaan sebenar isi rumah.
Aimi Zulhazmi berkata pengelasan isi rumah berdasarkan pendapatan kasar seperti B40, M40 dan T20 semakin kurang sesuai kerana gagal mengambil kira perbezaan perbelanjaan asas yang jauh berbeza mengikut lokasi.
Beliau berkata perbezaan itu juga menyebabkan lebih banyak individu memilih untuk berhijrah ke kawasan bandar bagi memperbaiki kos sara hidup.
"Walaupun ada dibuat perbandingan pendapatan kasar antara kawasan bandar dan luar bandar, namun ia hanyalah menunjukkan separuh situasi sebenar kerana tidak mengambil kira perbelanjaan yang ketara berbeza.
"Perbezaan ini juga mungkin menjadi sebab berlaku penghijrahan yang tinggi dari kawasan luar bandar dan ke bandar besar demi untuk pendapatan lebih tinggi tetapi realitinya banyak yang terperangkap dengan kos sara hidup dan terpaksa mencari pendapatan lebih dengan dua atau tiga pekerjaan pada satu masa," katanya.
Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan kos sara hidup di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Putrajaya direkodkan paling tinggi berdasarkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata analisis Indeks PAKW bagi isi rumah pada 2024, dengan Kuala Lumpur sebagai rujukan pada 100 mata, menunjukkan perbezaan jelas di antara negeri.
Beliau berkata bagi isi rumah seorang, Selangor mencatat indeks tertinggi pada 92 mata, diikuti Pulau Pinang (84.2 mata) manakala Putrajaya (83.1 mata).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gaji minimum
#kos sara hidup
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#luar bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan