awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia yakin Perjanjian Iklim Paris 2015 tidak akan terjejas - Wan Junaidi

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2017
14:22 MYT
Malaysia yakin Perjanjian Iklim Paris 2015 tidak akan terjejas - Wan Junaidi
WAN JUNAIDI: Perjanjian ini tidak akan gagal tanpa AS.
Malaysia melahirkan keyakinan Perjanjian Iklim Paris 2015 tidak akan gagal sama sekali walaupun Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan negara itu menarik diri menyertai perjanjian itu.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebanyak 194 negara telah melahirkan keazaman tinggi agar perjanjian itu dipertahankan demi masa depan ekologi negara masing-masing berkenaan isu pemanasan global.
"China mungkin mengambil alih kepimpinan, mungkin juga Kesatuan Eropah. Jerman juga mungkin (ambil alih kepimpinan).
"China, atau India boleh memain peranan negara-negara yang besar dan berkemampuan. Jadi kita tidak melihat perjanjian ini akan gagal.
"Walaupun kita kecewa dengan keputusan Amerika Syarikat yang dahulunya menonjolkan diri kononnya mereka adalah jaguh mempertahankan isu-isu alam sekitar ini, tetapi kita yakin perjanjian ini tidak akan terjejas tanpa mereka," ujar beliau.
Beliau berkata kepada pemberita sewaktu melawat tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah/Anak Bukit di Alor Setar, siang tadi.
Dua hari lepas Presiden AS, Donald Trump mengundang kemarahan dan kritikan dunia apabila memutuskan negaranya tidak lagi menyertai perjanjian itu.
Mengulas perkara itu lagi, Wan Junaidi berkata dunia khuatir jika perjanjian itu gagal, ia akan memberi kesan yang buruk terhadap alam sekitar termasuk Malaysia apabila banyak kawasan rendah akan dinaiki air berikutan paras air laut yang terus meningkat.
Walaupun ia mengambil masa, namun ini yang perlu dipertahankan melalui perjanjian tersebut.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#China
#Donald Trump
#Kesatuan Eropah
#perjanjian iklim
#perjanjian iklim paris 2015
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan