MALAYSIA
Malaysia-Brunei sepakat perkukuh kerjasama tenaga, ekonomi dan pelaburan serantau
Kenyataan dikeluarkan selepas Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei (ALC) ke-26 di antara Sultan Hassanal Bolkiah (kiri) dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan). -Gambar PMO
PUTRAJAYA: Malaysia dan Brunei komited untuk memajukan kerjasama dalam bidang tenaga, kesalinghubungan, pertanian, pelancongan dan industri halal, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu.
Ringkasan AI
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei (ALC) ke-26 antara Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pemimpin menegaskan semula kepentingan memperkukuh kerjasama ekonomi antara Brunei dan negeri Sabah serta Sarawak sebagai pemacu kemakmuran bersama dan integrasi serantau.
“Kedua-dua pemimpin merancang untuk memanfaatkan sumber bersama dan kelebihan geografi Borneo untuk mengukuhkan keterjaminan makanan dan tenaga, membina rantaian bekalan yang berdaya tahan serta mewujudkan peluang mampan untuk rakyat,” menurut kenyataan itu.
Kedua-dua pemimpin juga mengiktiraf kerjasama rapat dalam sektor tenaga serta potensi yang dikenal pasti untuk peningkatan kerjasama menerusi usaha sama masa hadapan yang akan memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.
“Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin menyatakan rasa berpuas hati terhadap kerjasama antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PADB) melalui Kawasan Pengaturan Komersial (CAA).
“Kedua-dua pihak digalakkan untuk memajukan projek bersama dan merealisasikan potensi penuh masing-masing dalam jangka masa yang dipersetujui bersama,” menurut kenyataan itu.
Kedua-dua pemimpin turut mengiktiraf peranan Sarawak yang semakin berkembang dalam kerjasama tenaga serantau dan menyedari usaha itu akan menyumbang kepada pengukuhan keterjaminan tenaga di rantau ini.
“Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan kemajuan dalam projek saling sambung tenaga rentas sempadan antara Lumut, Kuala Belait dan Tudan, yang bertujuan memastikan bekalan tenaga boleh dipercayai dan membuka peluang untuk perdagangan tenaga dua hala antara negara anggota ASEAN,” menurut kenyataan itu.
Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar Ibrahim turut mengiktiraf peranan sektor swasta dalam mempererat kerjasama ekonomi dan menyambut baik hubungan perniagaan dan perdagangan yang lebih kukuh melalui penubuhan Majlis Perniagaan Bersama Brunei Darussalam-Sabah serta Majlis Perniagaan Bersama Brunei Darussalam-Sarawak.
Kedua-dua pemimpin berharap dapat mengukuhkan hubungan ekonomi menerusi penanaman padi komersial dan integrasi ternakan, dengan memanfaatkan sumber pertanian Sarawak dan Sabah bersama dengan penjenamaan halal Brunei.
“Kerjasama ini akan menyumbang kepada peningkatan keterjaminan makanan, penambahbaikan daya tahan rantaian bekalan dan peluasan akses pasaran,” menurut kenyataan bersama itu.
Kedua-dua pemimpin juga menyatakan perbincangan yang sedang dilakukan mengenai potensi pelaburan mengikut Memorandum Persefahaman antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA), bertujuan memperkukuh hubungan pelaburan yang saling menguntungkan.
Pada 2024, Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara ASEAN, dengan jumlah dagangan bernilai RM7.53 bilion (US$1.77 bilion).
Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, jumlah perdagangan Malaysia-Brunei mencecah US$690 juta (RM3.02 bilion) meliputi eksport bernilai US$500 juta (RM2.18 bilion) dan import US$190 juta (RM840 juta).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia dan Brunei komited memperkukuh kerjasama dalam tenaga, kesalinghubungan, pertanian, pelancongan dan industri halal, termasuk projek saling sambung tenaga rentas sempadan dan pembangunan rantaian bekalan yang berdaya tahan.
- Kedua-dua pemimpin mengiktiraf peranan Sabah dan Sarawak dalam kerjasama ekonomi serta menyambut baik penubuhan Majlis Perniagaan Bersama Brunei-Sabah dan Brunei-Sarawak.
- Perbincangan pelaburan sedang dijalankan antara MIDA dan BIA, dengan jumlah dagangan Malaysia-Brunei mencecah RM3.02 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2025.