awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Indonesia bincang isu gaji amah minggu depan

Bernama
Bernama
07/10/2015
06:46 MYT
Malaysia-Indonesia bincang isu gaji amah minggu depan
Antara isu yang bakal dibincangkan adalah permintaan Indonesia terhadap gaji lebih tinggi bagi rakyatnya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. -Gambar fail
Kumpulan kerja bersama Malaysia dan Indonesia akan mengadakan pertemuan pada 15 dan 16 Okt ini di Jakarta untuk mencari penyelesaian kepada isu pembantu rumah dari republik itu.
Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayinto berkata antara isu yang bakal dibincangkan adalah permintaan Indonesia terhadap gaji lebih tinggi bagi rakyatnya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.
"Ya, kita akan membincangkan tentang isu gaji lebih baik. Mesyuarat kumpulan kerja ini juga akan memfokus kepada mekanisme penghantaran pembantu rumah serta kebajikan mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di sini," katanya dalam sidang akhbar pada Mesyuarat Komuniti Sosio-Budaya ASEAN ke-14 di sini, hari ini.
Pada Mei lepas, Indonesia menghantar memorandum kepada kerajaan Malaysia untuk meminta supaya gaji minimum pembantu rumah Indonesia di Malaysia dinaikkan daripada RM700 kepada RM1,200 sebulan.
Kerajaan Indonesia berpendapat cadangan itu akan menjadikan perkhidmatan domestik di Malaysia lebih kompetitif dan mampu bersaing dengan gaji yang ditawarkan oleh negara-negara lain.
Mereka juga memberi justifikasi bahawa gaji yang lebih baik dapat membendung masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin.
Bagaimanapun, usul itu dibantah oleh kebanyakan masyarakat di negara ini.
Topic Berkaitan
#isu gaji
#Kerajaan Indonesia
#pembantu rumah
#pendatang asing tanpa izin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan