awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan di sempadan

Bernama
Bernama
19/07/2017
23:23 MYT
Malaysia-Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan di sempadan
MOHAMED AFFANDI: ATM akan membincangkan kaedah yang paling sesuai. - Gambar fail
Malaysia dan Indonesia akan meningkatkan usaha dalam memperincikan kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan kedaulatan sempadan di kedua-dua negara terjamin.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata perkara itu adalah antara yang akan di ketengahkan pada Sidang Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Indonesia Ke-13 (HLC Malindo) yang sedang berlangsung dari 17 hingga 25 Julai.
"Kita akan membincangkan kaedah yang paling sesuai untuk digunakan dalam memastikan sempadan di kedua-dua negara sama ada di udara, darat dan air sentiasa berada di tahap yang terbaik.
"Selain itu, melalui HLC, ia juga secara tidak langsung telah memperkukuhkan hubungan antara dua negara melalui keselamatan bersama," katanya kepada pemberita selepas menerima kujungan hormat Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jenderal Gatot Nurmantyo di Kementerian Pertahanan di sini pada Rabu.
Sebelum itu, Gatot turut membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum.
Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Leftenan Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.
Sidang HLC diadakan sejak Perjanjian Malaysia dan Indonesia (MALINDO) pada 1972.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Indonesia
#kawalan
#keselamatan
#Malaysia
#sempadan
#tentera
#TNI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan