awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Singapura setuju bina keretapi laju menjelang 2020

Marlina Manaf
Marlina Manaf
19/02/2013
08:41 MYT
Malaysia-Singapura setuju bina keretapi laju menjelang 2020
Malaysia dan Singapura bersetuju melaksanakan projek kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura yang dijangka siap pada tahun 2020.
Persetujuan bagi projek tersebut yang akan memendekkan tempoh perjalanan diantara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit dicapai pada pemukiman pemimpin antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong.
Kedua pemimpin melihat projek itu bakal meningkatkan kesalinghubungan di antara dua negara antaranya dari aspek peluasan rangkaian perniagaan kedua ekonomi.
Sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura ke-4, bermula secara rasminya pagi Selasa dengan pertemuan antara Perdana Menteri dengan Lee.
Mesyuarat membincangkan peluang meneroka inisiatif-inisiatif baru bagi mengukuhkan hubungan bilateral kedua-dua negara.
Pemukiman kali ini menyaksikan kedua-dua pemimpin meninjau perkembangan projek kerjasama Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Holdings Private Limited di Marina One, Marina South, yang mempunyai nilai pembangunan kasar USD$7 billion (RM21.6 billion).
Mereka juga diberi taklimat mengenai satu lagi projek yang diusahakan bersama iaitu duo serta diberi penerangan mengenai perkembangan projek duo di Ophir-Rochor.
Topic Berkaitan
#kereta api laju
#Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan