MALAYSIA
Malaysia-Sri Lanka sepakat kukuh hubungan dua hala - PM Anwar
Anwar (kanan) ketika menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Pekerjaan Luar Negara dan Pelancongan Sri Lanka Vijitha Herath (kiri). -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Sri Lanka sepakat untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala merangkumi bidang perdagangan, pelancongan, pendidikan, serta tenaga kerja mahir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Beliau berkata perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Menteri Luar, Pekerjaan Asing dan Pelancongan Sri Lanka Vijitha Herath bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM), yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.
"Hubungan erat ini bukan sahaja membawa manfaat kepada kedua-dua negara, tetapi juga menyumbang kepada kestabilan dan pembangunan serantau," katanya dalam hantaran di Facebook.
Anwar turut menyatakan penghargaan terhadap sumbangan berterusan Sri Lanka dalam membentuk masa depan rantau yang lebih inklusif, aman dan sejahtera.
Beliau berkata Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Sri Lanka demi mencapai kemajuan bersama, bukan sahaja untuk rakyat kedua-dua negara, malah memperkukuh komuniti ASEAN yang lebih bersatu, makmur dan berdaya tahan.
AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan, yang diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan", menyaksikan 24 mesyuarat pada peringkat menteri melibatkan Rakan Dialog ASEAN dan Rakan Dialog Sektoral.
Mesyuarat peringkat tinggi yang berlangsung selama empat hari itu menghimpunkan kira-kira 1,500 perwakilan termasuk Menteri-Menteri Luar ASEAN, Timor-Leste, Rakan Dialog ASEAN, peserta Forum Serantau ASEAN (ARF), Rakan Dialog Sektoral serta para pegawai kanan Sekretariat ASEAN.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia dan Sri Lanka bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan, pelancongan, pendidikan dan tenaga kerja mahir.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan hubungan erat ini memberi manfaat kepada kedua-dua negara serta menyumbang kepada kestabilan dan pembangunan serantau.
- Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 di Kuala Lumpur menghimpunkan kira-kira 1,500 perwakilan dan bertemakan keterangkuman serta kemampanan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.