MALAYSIA
Malaysia–Timor-Leste perkukuh kerjasama pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
MoU terbabit merangkumi pembangunan modal insan, digital, ekonomi dan pendidikan awal kanak-kanak, termasuk sokongan melalui KEMAS dan institusi TVET. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk berkongsi pengalaman dengan Timor-Leste dalam aspek pembangunan bagi kawasan luar bandar menerusi pemereraian memorandum persefahaman (MoU) dengan negara tersebut.
Ringkasan AI
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia yakin Timor-Leste mampu melaksanakan pembangunan luar bandar dengan lebih pantas berbanding Malaysia sendiri.
"Pada tahun 1957, 93 peratus penduduk Malaysia tinggal di luar bandar dan kini pada tahun 2025, hanya kira-kira 24.7 peratus sahaja yang tinggal di luar bandar.
"Di mana ini melibatkan 8.1 juta penduduk Malaysia sahaja yang duduk di luar bandar.
"Manakalanya (yang lain) berada di kawasan pinggir bandar ataupun di kawasan bandar.. apa yang dipanggil sebagai horizontal social mobility ini telah berlaku dengan cara terancang. Pengalaman inilah yang kita mahu berkongsi dengan Timor-Leste.
"Kami amat yakin bahawa Timor-Leste akan mengadakan pembangunan di luar bandar ini lebih cepat berbanding dengan Malaysia," beliau berkata demikian kepada media selepas majlis menandatangani MoU antara Malaysia-Timor-Leste di ibu negara pada Selasa.
Pemeteraian MoU yang ditandatangani oleh Ahmad Zahid bersama Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Timor-Leste, Dr Bendito Dos Santos Freitas itu juga menjadi langkah permulaan yang kritikal bagi kedua-dua negara dalam isu pembangunan luar bandar.
MoU ini menggariskan pelbagai skop kerjasama antaranya melibatkan pembangunan modal insan, transformasi digital, pertumbuhan ekonomi serta pertukaran ilmu yang bertujuan untuk memajukan kualiti hidup masyarakat luar bandar.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Malaysia bersedia memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di Timor-Leste, termasuk melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), selain menyokong pembangunan keusahawanan di kawasan luar bandar negara tersebut.
“Malaysia akan memberi tumpuan terhadap pemerkasaan keusahawanan luar bandar serta pemindahan ilmu melalui institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kita miliki.
“Kita juga kini memberi fokus kepada pembangunan tekno-usahawan, iaitu usahawan yang tidak lagi bergantung kepada kaedah konvensional, tetapi menggunakan pendekatan dan teknik-teknik baharu dalam bidang teknikal.
"Pendekatan ini diyakini dapat membantu Timor-Leste mencapai kemajuan lebih cepat berbanding Malaysia yang melalui proses pembangunan selama lebih enam dekad,” jelasnya.
Ringkasan AI
- Malaysia dan Timor-Leste meterai MoU pembangunan luar bandar, dengan Malaysia berkongsi pengalaman transformasi sosial dan pembangunan terancang sejak 1957.
- Kerjasama merangkumi pembangunan modal insan, digital, ekonomi dan pendidikan awal kanak-kanak, termasuk sokongan melalui KEMAS dan institusi TVET.
- Malaysia yakin Timor-Leste mampu capai kemajuan lebih pantas, khususnya dalam bidang tekno-usahawan dan pembangunan luar bandar yang lebih inklusif dan moden.