awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
Penemuan enam rangka: Dua beradik didakwa bunuh seorang mangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-UK bincang tiga perkara utama hadapi krisis COVID-19 - Hishammuddin

Bernama
Bernama
20/04/2020
21:33 MYT
Malaysia-UK bincang tiga perkara utama hadapi krisis COVID-19 - Hishammuddin
Hishammuddin dan Raab membincangkan tiga perkara utama termasuk pendidikan dalam usaha menangani COVID-19. -Bernama
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pemangku Perdana Menteri United Kingdom (UK) Dominic Raab membincangkan tiga perkara utama termasuk pendidikan dalam usaha menangani COVID-19.
Hishammuddin berkata perbincangan menerusi telefon bersama Raab yang juga merupakan setiausaha luar UK itu turut menyentuh kepentingan serantau termasuk ASEAN dan Komanwel.
"Baru selesai bercakap dari rumah melalui telefon dengan Setiausaha Luar merangkap pemangku Perdana Menteri United Kingdom (UK), Dominic Raab.
"Bagi pihak Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin, saya maklumkan mengenai penundaan (peperiksaan) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang juga diiktiraf Cambridge Assessment International Education (CAIE) United Kingdom ke suku pertama tahun depan," kata Hishammuddin menerusi akaun Facebooknya pada Isnin malam.
Beliau turut memaklumkan susulan penularan COVID-19 kemungkinan sekolah ditutup lebih lama dan perubahan tarikh STPM itu tidak akan menjejaskan peluang pelajar di Malaysia untuk mohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi pada tahun 2021.
Selain itu, Hishammuddin berkata Raab turut memberi jaminan keselamatan 15,000 pelajar Malaysia yang berada di UK dan kebajikan mereka dijaga sepanjang krisis COVID-19 ini.
"Dalam pada itu, memandangkan UK merupakan salah satu negara yang telah memulakan ujian klinikal pada skala besar untuk rawatan COVID-19, kami senada bahawa penting untuk Malaysia dan UK bekerjasama rapat dalam usaha ini demi memastikan rakyat kedua-dua negara khususnya yang dijangkiti wabak ini mendapat rawatan terbaik," katanya.
Sementara itu, Hishammuddin turut menekankan bahawa UK perlu bersama-sama ASEAN sebagai satu blok bagi memperkukuh peranan negara itu di rantau itu.
Beliau berkata kedua-dua mereka turut bersetuju kesemua negara Komanwel perlu proaktif perangi COVID-19 demi kepentingan 2.3 bilion rakyatnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Hishammuddin Hussein
#koronavirus
#menteri
#Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
#pelajar
#pendidikan
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan