MALAYSIA
Malaysia-WOSM perbaharui kerjasama, kukuhkan pergerakan pengakap serantau
Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Pengakap Sedunia (World Organization of the Scout Movement, WOSM) memperbaharui kerjasama strategik dalam bidang pembangunan belia. - Foto Pertubuhan Pengakap Sedunia
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Pengakap Sedunia (World Organization of the Scout Movement, WOSM) memperbaharui kerjasama strategik dalam bidang pembangunan belia, sekali gus menjadi lambang kestabilan pergerakan pengakap terus berakar umbi di rantau ini.
Ringkasan AI
Setiausaha Agung WOSM, David Berg, menyifatkan kejayaan penempatan Biro Pengakap Sedunia di Malaysia sebagai hasil usaha gigih Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
“Saya amat berbesar hati dapat bersama anda semua di Pusat Sokongan Global di Kuala Lumpur hari ini. Tempat ini bukan sahaja menjadi ibu pejabat Pengakap Sedunia, tetapi juga ‘rumah’ yang kita banggakan di rantau Asia Tenggara,” katanya.
Bleiau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Kerjasama Persatuan Pengakap Rantau Asia Tenggara Ke-20, di sini pada Sabtu.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Thailand, Encik Tewan Liptapallop; Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Dato’ Prof Mohd Zin Bidin; dan Pengerusi SEASARC, D. Somboon Bunyasiri.
Dalam pada itu, David menekankan pergerakan pengakap global kini berada pada tahap pertumbuhan bersejarah selepas berjaya mencapai 60 juta ahli di seluruh dunia tahun ini.
“Namun, kejayaan ini hadir dengan tanggungjawab. Angka 60 juta itu tidak terjamin selamanya dan boleh menurun sekiranya kita leka. Justeru, menjadi kewajipan kita sebagai pemimpin di peringkat kebangsaan, serantau dan global untuk memastikan pengakap terus relevan, inovatif dan boleh diakses oleh lebih ramai belia pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zin Bidin menegaskan bahawa Malaysia berbangga menjadi tuan rumah kepada Biro Pengakap Sedunia dan komited memastikan WOSM menerima sokongan padu dalam melaksanakan peranannya.
Katanya, PPM akan terus mengukuhkan kerjasama bersama rakan pengakap ASEAN agar pergerakan itu terus berkembang dan memberi inspirasi di seluruh rantau.
“Semoga mesyuarat ini mengeratkan lagi persahabatan kita dan membuka jalan kepada lebih banyak kejayaan bersama di seluruh negara anggota,” katanya.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan WOSM turut memperbaharui komitmen kerjasama selama 10 tahun dengan fokus kepada pendidikan belia dan pembangunan mampan di Malaysia serta rantau Asia-Pasifik.
Ringkasan AI
- Malaysia dan WOSM memperbaharui komitmen selama 10 tahun dalam bidang pembangunan belia dan pendidikan mampan, menjadikan Malaysia sebagai pusat penting pergerakan Pengakap di Asia Tenggara.
- Setiausaha Agung WOSM, David Berg, memuji usaha Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dalam menjadikan ibu pejabat Pengakap Sedunia di Kuala Lumpur sebagai simbol kebanggaan rantau ini.
- Dengan keahlian global mencecah 60 juta orang, WOSM menekankan pentingnya memastikan pergerakan Pengakap kekal relevan, inklusif dan inovatif agar terus menarik minat generasi muda.