awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALBATT 850-12 anjur ibadah korban di selatan Lubnan

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
07/06/2025
05:40 MYT
MALBATT 850-12 anjur ibadah korban di selatan Lubnan
Sebanyak 48 kambing dikorbankan, dengan 26 ekor disumbangkan kepada NGO serta wakil penduduk untuk diagihkan kepada komuniti setempat yang memerlukan.
LUBNAN: Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 menganjurkan program korban sempena Aidiladha di Kem Marakah, selatan Lubnan, demi menunaikan tanggungjawab agama serta menghayati semangat pengorbanan.
Sebanyak 48 kambing telah dikorbankan, dengan 26 ekor disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Takaful Marakah, serta wakil penduduk Kafr Shuba untuk diagihkan kepada komuniti setempat yang memerlukan.
"Keistimewaan program ini terletak pada penglibatan secara langsung para anggota dalam proses penyembelihan haiwan korban masing-masing. Pengalaman ini bukan sahaja memberikan makna yang lebih mendalam kepada konsep pengorbanan, tetapi juga menzahirkan nilai keikhlasan dalam beribadah.
"Inisiatif ini turut mencerminkan semangat kerjasama sivil dan ketenteraan (CIMIC), sekali gus mengeratkan hubungan dua hala antara MALBATT dan masyarakat tempatan," kata pasukan itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, majlis turut dimeriahkan dengan aktiviti gotong-royong memasak oleh anggota pasukan, diikuti dengan jamuan Aidiladha yang berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran dan keharmonian.
Kenyataan itu juga menyebut, aktiviti berkenaan memperlihatkan semangat perpaduan dan kerja berpasukan yang tinggi dalam kalangan warga MALBATT 850-12.
"Program ini bukan sekadar melaksanakan ibadah korban, tetapi turut mencerminkan komitmen berterusan MALBATT dalam memperkukuh hubungan diplomasi kemanusiaan dengan masyarakat Lubnan, selaras dengan objektif misi pengaman di bawah United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).
"Ia menjadi simbol ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan demi ummah, serta menzahirkan nilai kasih sayang dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan – seiring dengan roh Aidiladha yang sebenar," kata kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#MALBATT
#lubnan
#Ibadah Korban
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan