'Malu nak cakap macam tu' - respons Menteri Agama ditegur cara promosi YouTube

Astro Awani
November 3, 2020 00:55 MYT
Setakat artikel ini ditulis, tweet beliau itu diulang ciap lebih 772 kali dan menerima lebih 3,600 tanda suka di platform media itu.
UMUM mengetahui, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri merupakan antara menteri yang aktif di laman sosial.
Tidak kiralah, di laman Facebook, Instagram atau Twitter, beliau sering mengemaskini laman sosial beliau dengan pelbagai jenis perkongsian, sama ada berkaitan ilmu agama ataupun tugas-tugas beliau sebagai menteri.
Terbaharu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu mencuri tumpuan selepas memberi respons kepada salah seorang pengikut di laman Twitter yang ‘menegur’ dengan nada bergurau ketika beliau memuat naik video mempromosi saluran YouTube miliknya.
“Bukan macam tu Datuk..macam ini..
“Hi guys! Welcome to my youtube channel!" cuma bagi salam dulu lah Datuk,” tulis pengikutnya @SyedMuzzammil_ di laman berkenaan.

bukan mcmtu dato.mcm gini. "hi guys!welcome to my youtube channel!" cuma bagi salam dulu lah tapi dato

— Muzzammil (@SyedMuzzammil_) November 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Membalas ciapan itu, Zulkifli yang berusia 51 tahun itu menjawab: “Malu nak cakap macam tu. Hehe.”
Ternyata ulang ciap itu mencuit hati pengikutnya.
Setakat artikel ini ditulis, tweet beliau itu diulang ciap lebih 772 kali dan menerima lebih 3,600 tanda suka di platform media itu.

Malu nak cakap macam tu. Hehe https://t.co/TN6ipaVpau

— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) November 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 9 Mac lalu, Zulkifli dilantik oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai Kabinet Malaysia 2020.
Beliau mencatat sejarah sebagai Mufti pertama dilantik sebagai menteri dalam Kabinet yang menjaga portfolio hal ehwal agama Islam.
Zulkifli sangat terkenal dengan keperibadian yang disenangi oleh segenap lapisan masyarakat.
#Dr Zulkifli Al-Bakri #Menteri di Jabatan Perdana Menteri #ulang ciap #ciapan #Twitter #laman sosial #Tweet #Islam #Media #YouTube #menteri